fbpx
KAWASAN medan selera menjadi tumpuan remaja bersekolah untuk menjaja barangan ringan untuk mencari duit tambahan dan membantu keluarga. – GAMBAR HIASAN

Tahan ibu bapa, rampas barang tak selesai masalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kerajaan diminta memantau kegiatan penjualan melibatkan kanak-kanak yang dilihat mampu mendatangkan risiko keselamatan serta keciciran pembelajaran.

Timbalan Pengerusi Persa­tuan Kebajikan Anak Kami, Ku Noor Ammarah Ku Ami berkata, penglibatan ibu bapa perlu dalam mencari penyelesaian terbaik untuk menangani isu ber­kenaan secara menyeluruh.

“Menahan ibu bapa dan me­ngenakan tindakan saman selain merampas barang jualan tidak akan dapat menyelesaikan punca masalah itu.

“Ibarat menarik rambut dari tepung. Rambut tak putus, tepung tidak bertaburan. Kerajaan harus selesaikan dengan cara baik dan berhemah,” kata­nya kepada Kosmo! Ahad.

Tambah beliau, secara khusus jualan di kaki lima, hentian bas, pasar malam oleh kanak-kanak sudah lama berlaku dan ia bukan perkara yang baharu.

“Kebaikannya adalah mendidik anak-anak berdikari, soal perniagaan serta menjauhi aktiviti tidak sihat.

“Keburukannya, pelbagai risiko ke­selamatan terhadap kanak-kanak dan jika berlaku kemalangan dan rompak, masyarakat akan ber­belah bagi siapa yang perlu dipertanggungjawabkan,” ujar­nya.

Dalam pada itu, Ku Noor Ammarah berkata, mendidik anak untuk berdikari merupakan sesuatu yang amat bagus, namun mendidik itu perlu tepat dan sesuai dengan caranya.

“Jika kanak-kanak itu secara sukarela mahu melakukan kerja berkenaan selain dipantau oleh orang tua, aktiviti tersebut mungkin tidak menjadi masalah.

“Namun apa yang dipertikaikan di sini ialah apabila kanak-kanak itu berniaga seorang diri tanpa pemantauan orang dewasa itu amat merisaukan.” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN