fbpx
Pintu pintu sempadan Malaysia-Thailand di ICQS Rantau Panjang sesak dengan kenderaan semalam.

Ramai bercuti ke Thailand lepas insiden letupan bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RANTAU PANJANG – Insiden letupan bom dan berbalas tembakan di Golok, Thailand pada Isnin lalu yang mengakibatkan empat anggota polis cedera tidak menghalang rakyat Malaysia untuk terus berkunjung seterusnya bercuti di negara tersebut.

Tinjauan Kosmo! di pintu sempadan Malaysia-Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kua­rantin dan Keselamatan (ICQS), Rantau Panjang di sini, mendapati, kesesakan berlaku hampir satu kilometer bermula kira-kira pukul 8 pagi dengan kenderaan dilihat berpusu-pusu masuk ke negara tersebut.

Seorang pelancong dikenali Remy, 22, berkata, dia mengambil peluang cuti Hari Pekerja dengan berkonvoi bersama rakan-rakannya menaiki motosikal Honda EX5 ke Hatyai, Thailand.

“Saya tahu baru sahaja berlaku letupan bom dan berbalas tembakan di Golok baru-baru ini, tetapi konvoi ini tetap dite­ruskan, kerana percutian ini ­telah dirancang sejak sebulan lalu.

“Kami yakin keadaan selamat untuk masuk ke Thailand kerana insiden itu berlaku di Golok bukannya di Hatyai,” katanya ditemui Kosmo! di ICQS Rantau Panjang di sini semalam.

Seorang lagi pelancong, Wan Rapeah Wan Yusof, 43, berkata, biarpun kejadian berbalas tembakan itu baharu saja berlaku, namun dia yakin keselamatan dan kawalan pihak berkuasa di negara berkenaan.

“Ramai yang masuk melancong ke Thailand hari ini (semalam) dan saya yakin keselamatan terjaga di sana.

“Saya mahu ke Narathiwat untuk menziarahi saudara di sana. Selepas selesai urusan, saya akan terus pulang pada hari yang sama,” ujarnya.

Seorang pengusaha motosikal tambang, Daud Leman, 60, berkata, pintu sempadan di ICQS Rantau Panjang meriah seperti biasa setiap kali cuti umum.

Katanya, hanya pada hari Isnin iaitu semasa kejadian insiden letupan dan berbalas tembakan berlaku sahaja pelancong berkurangan.

“Berdasarkan pengalaman sa­­ya, Thailand selamat untuk di­kunjungi. Tidak dinafikan insiden letupan bom dan berbalas tembakan itu menakutkan penduduk setempat, tetapi ia tidak mengancam nyawa orang awam,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melapor­kan, kawalan keselamatan negara di sempadan Malaysia-Thailand kini diletakkan pada tahap tertinggi susulan insiden berbalas tembakan dan letupan bom yang berlaku di Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat di Thailand awal pagi Isnin lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin berkata, setakat ini pihaknya akan berkerjasama dengan pihak berkuasa Thailand terutamanya di kawasan persempadanan ke­dua-dua negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN