fbpx

Seniman gesa artis ‘dilondehkan’ Sarah Yasmine lapor polis, SKMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zed Zaidi yang menyelar individu bernama Sarah Yasmine sebagai perosak

PETALING JAYA – Aib artis tempatan dicanang, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menasihatkan kesemua selebriti yang terpalit kontroversi membabitkan pelakon Aliff Aziz tampil membuat laporan polis.

Tidak cukup dengan kenyataan Presiden Seniman, Zed Zaidi yang menyelar individu bernama Sarah Yasmine sebagai perosak, Setiausaha Agungnya, Mohd. Hafiz Mohd. Nafiah dalam satu kenyataan mewakili persatuan berkata, pihak terbabit isu berkenaan lperlu tampil membuat aduan supaya kemelut sedemikian tidak mencemarkan nama baik industri hiburan tempatan.

“Seniman menggesa agar pihak-pihak yang mana terpalit dalam isu ini untuk membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) supaya pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan.

“Seniman juga mengingatkan semua pihak untuk tidak polemikkan isu ini dan hentikan segera perbalahan, salah menyalah serta membuka aib mana-mana individu dalam media sosial bagi menjaga nama baik industri di mata masyarakat,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Tidak mahu keadaan yang sudah sedia ada serabut bertambah keruh, Hafiz turut menggesa kekasih gelap Aliff iaitu Sarah Yasmine supaya menyelesaikan apa sahaja pertikaian yang disifatkan peribadi secara tertutup.

Hal ini juga bagi mengelak atau membuka aib mana-mana individu selain menghormati kes khalwat membabitkan Aliff dan Ruhainies sedang dalam siasatan pihak berkuasa.

“Isu yang hangat diperkatakan oleh Sarah juga dianggap isu peribadi. Kami menggesa perkara ini diselesaikan secara tertutup dan hentikan apa sahaja tindakan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

“Kami juga berharap isu rumah tangga Aliff dan Bella biarlah mereka selesaikan sendiri tanpa perlu ada orang yang tiada kaitan mencampuri urusan mereka,” tegasnya panjang lebar.

Sejak Isnin lalu, arena hiburan tanah air memanas apabila Sarah Yasmine tiba-tiba menjadi watak baharu yaang menyelak segala rahsia Aliff Aziz dan Ruhainies.

Selain membuktikan Aliff dan Ruhainies menjalin cinta, Sarah juga mendakwa dramatis putih gebu itu menggunakan teman lelaki senegaranya untuk menjatuhkan isteri sendiri, Bella Astillah.

Pendedahan Sarah itu turut mengheret lebih ramai selebriti termasuk Caprice, Emma Maembong, Chacha Maembong serta pasangan suami isteri, Tom dan Fuad Rahman.

Paling dramatik apabila nama pelakon Sophia Albarakbah kembali terkait sebagai wanita yang menyumbang keruntuhan reputasi Aliff di mata peminat.

Drama semakin meleret-meleret apabila nama pelakon Meerqeen juga dipetik selepas mengaku hanya mengenali Sarah sebagai peminat, namun ibu tunggal anak dua terbabit mengatakan hubungan mereka tidak sekadar itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI