fbpx
Dua pelajar menyediakan tempat tidur sementara di dewan sekolah selepas kejadian histeria di SMK Model Khas dekat Batu Kikir, Jempol pada Sabtu lalu.

Pelajar histeria nampak ‘hantu’ menyerupai kawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Kejadian membabitkan 50 pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Model Khas dekat Batu Kikir, di sini yang diserang histeria pada Sabtu lalu agak menakutkan apabila ada mangsa mendakwa makhluk halus yang dilihat menyerupai rakan mereka.

Seorang ibu mangsa berusia 40-an yang enggan dikenali berkata, anaknya menceritakan detik-detik ketika separuh sedar selepas terkena histeria apabila ternampak rakannya memanggil-manggilnya untuk pergi berlari ke padang sekolah.

“Selepas diserang histeria, anak saya dibawa ke dalam dewan untuk dipulihkan oleh seorang ustaz. Dalam keadaan separuh sedar, ustaz itu berta­nyakan kepada makhluk terbabit sama ada mahu hidup atau mati.

“Akhirnya, makhluk itu keluar dari badan anak saya. Selepas pulang ke rumah, anak saya be­ritahu dia ternampak makhluk itu panggilnya suruh berlari keluar dewan. Rupa makhluk itu macam kawannya,” katanya.

Menurutnya, anaknya memberitahu mereka diserang histeria selepas solat maghrib di surau dan ketika sedang membaca surah Yasin.

“Kuat betul benda itu, masa baca Yasin pun boleh masuk dalam badan pelajar. Saya harap pihak sekolah dapat mencari penyelesaian serta memulihkan kembali asrama,” katanya.

Ujarnya, buat masa ini, ibu bapa masih menunggu maklumat terbaharu pihak sekolah ke­rana punca sebenar kejadian berkenaan belum diketahui.

“Dalam kejadian histeria itu, pelajar yang terkena menjerit, menangis dan muntah. Alhamdulilah tiada yang melompat-lompat atau mengilai,” katanya.

Pada Selasa lalu, Kosmo! melaporkan seramai 31 pelajar asrama perempuan dan 19 pelajar asrama lelaki mula diserang histeria menjelang waktu maghrib, Sabtu lalu.

Pihak sekolah kemudian mengambil langkah awal dengan mengasingkan pelajar yang di­serang histeria.

Bagaimanapun, 20 pelajar tingkatan enam masih berada di asrama sekolah kerana terlibat dengan peperiksaan dan pem­belajaran pelajar lain juga adalah seperti biasa.

Difahamkan, kejadian terakhir histeria di asrama sekolah itu pada tahun 2019.

Berita berkaitan: 50 pelajar SMK Model Khas Batu Kikir diserang histeria

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN