fbpx
Sebahagian warga asing berkongsi bayaran untuk bermain karom bagi menghabiskan masa lapang di kawasan flat Jalan Imbi.

‘Duduk-duduk saja, wang sudah habis kirim ke kampung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Warga ­asing yang menetap di flat Jalan Abraham Off Jalan Imbi di sini, ­memilih menghabiskan waktu hujung minggu mereka dengan melakukan aktiviti di sekitar bangunan berbanding keluar bersiar-siar.

Kawasan itu bukan sahaja dilengkapi dengan kedai serbaneka, malah ada yang menjadi tauke kedai makan tradisional, ruang bermain karom, kedai gunting rambut dan gerai buah-buahan.

Seorang lelaki Bangladesh berkata, dia bermain karom pada hujung minggu bersama rakan senegaranya berbanding keluar ke mana-mana kerana kekura­ngan wang.

“Hujung minggu ramai kumpul sini, seronok dengan kawan-kawan. Kalau main (ka­rom) kena bayar RM5 dan kami berkongsi untuk main suka-suka,” katanya.

Menurut lelaki berkenaan, mereka tidak keluar bersiar-siar kerana kebanyakan gaji telah dikirimkan ke kampung.

“Duit tiada, macam ini pun sudah okay,” katanya.

Seorang lagi warga asing memberitahu, mereka tidak melakukan kesalahan dan membawa dokumen berkaitan ketika berkumpul di situ sebagai persediaan sekiranya di­serbu.

“Serbuan sebelum ini ramai yang telah ditangkap. Jadi kami ambil pengajaran dan berhati-hati ketika berkumpul kali ini. Pasport dan dokumen sentiasa dibawa,” katanya.

Menurutnya, kekerapan serbuan juga mengundang resah dalam kalangan mereka yang tidak lagi boleh berkumpul se­perti sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN