fbpx
KESAN tapak kaki disyaki milik seekor beruang matahari yang dijumpai Latifah di Kampung Jaya Baru, Ajil, Hulu Terengganu semalam.

Beruang matahari ‘menjengah’ ketika kutip pucuk paku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Seorang suri rumah berdepan detik cemas apabila berhadapan dengan seekor beruang matahari sewaktu keluar mengutip pucuk paku di belakang rumahnya di Kampung Jaya Baru, Ajil di sini kelmarin.

Latifah Abd. Rahman, 59, yang baru memetik secekak pucuk paku pada ketika itu bertempiaran lari memasuki rumah sebaik terlibat kelibat haiwan liar terbabit pada pada pukul 8.30 pagi.

Katanya, pada mulanya, dia yang sedang memungut pucuk paku di belakang rumahnya terdengar sekumpulan kera yang sedang bergayut di beberapa pokok berhampiran membuat bising.

“Kumpulan kera itu seakan-akan ketakutan membuat saya tertanya-tanya.

“Tidak lama kemudian muncul seekor beruang matahari dari kawasan semak berhampiran. Saya yang ketakutan segera berlari memasuki rumah untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di rumah­nya di Kampung Jaya Baru, Ajil di sini semalam.

Latifah berkata, dia yang mengintai dari jendela dapur rumahnya melihat haiwan ganas tersebut berlegar-legar di belakang rumahnya selama beberapa minit sebelum kembali memasuki kawasan belukar berdekatan.

Katanya, kemunculan be­ruang matahari itu amat membimbangkan kerana memberi ancaman keselamatan terhadap dia dan ahli keluarganya.

“Sebelum ini, beberapa penduduk kampung pernah memberitahu ternampak kelibat seakan-akan beruang matahari di kawasan semak berhampiran rumah tetapi saya tidak berapa acuh.

“Tidak sangka dakwaan mereka itu betul dan saya sendiri terserempak dengan haiwan itu semalam (kelmarin),” kata­nya.
Latifah berharap pihak berwajib dapat segera menangkap beruang matahari tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN