fbpx
AIDA WATI bersama empat anaknya yang berusia lapan sehingga 15 tahun ketika ditemui di rumah mereka di Kampar baru-baru ini.

Jika diserang sakit, saya hanya tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAMPAR – Seorang wanita tidak pernah sesekali menyesal bergelar ibu tunggal dan membesarkan empat anak seorang diri sejak lebih lima tahun lalu.

Pelbagai pekerjaan dilakukan oleh Aida Wati Mohd. Yusop, 43, bagi memastikan mereka lima beranak dapat meneruskan kehidupan termasuk berniaga makanan, mengambil tempahan kuih dan kek untuk majlis serta mengurut orang.

Walau bagaimanapun sejak tiga tahun lalu, wanita itu diuji penyakit gangguan saraf wajah serta pergelangan tangan dan ketumbuhan pada tekak serta perut sehingga membataskan pergerakan dan aktiviti harian.

“Pakar Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh mengesan empat penyakit itu. Saya tidak pernah berputus asa, namun malangnya tahap kesihatan saya terus merosot.

“Saya tidak dapat lagi berge­rak aktif seperti biasa dan terpaksa berhenti mengurut orang,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut wanita itu, ketika penyakit itu menyerang, dia tidak boleh berbuat apa-apa selain tidur dan akan mengambil ubat tidur serta tahan sakit se­perti yang disarankan doktor.

Wanita itu bernasib baik kerana empat anaknya iaitu Abdul Malik Abdul Rashid, 15, Abdul Latif, 14, Abdul Muiz, 11, dan Nurfaizah, 8, banyak membantu menyiapkan tempahan kuih pe­langgan.

Aida Wati memperoleh pendapatan RM1,000 sebulan hasil jualan kuih selain tempahan makanan dan kek untuk majlis daripada pelanggan tetap, namun perlu mengehadkan kuantitinya.

Wanita itu juga menerima bantuan sewa rumah bulanan RM300 daripada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat berjumlah RM600.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Aida Wati bernombor 158154200384 atau menghubunginya di talian 012–432 7522.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN