fbpx
Zuraini (dua dari kiri) memilih pakaian raya untuk Muhammad Amzar Lutfi (depan) sambil diperhatikan dua abangnya di sebuah pasar raya di Taman Batek, Sungai Petani baru-baru ini.

‘Kalau ada abang dan mak, Aidilfitri pasti ceria’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Aidilfitri tahun ini menjadi suram buat tiga beradik apabila ia disambut tanpa abang dan ibu mereka yang meninggal dunia akibat kemalangan dan kanser payudara lima bulan lalu.

Muhammad Adam Mikail Mohd. Sargawi, 14, berkata, dia bersama dua adiknya, Muhammad Ammar Hafiz, 12, dan Muhammad Amzar Lutfi, 9, di­selubungi kesunyian meskipun bapa mereka, Mohd. Sargawi Md. Zinor, 44, masih ada di sisi.

Katanya, kisah sedihnya bermula apabila abang, Muhammad Adli Aqasha, 16, meninggal dunia akibat kemalangan pada September lalu diikuti ibu, Norazira Mandor, 43, akibat kanser payudara sebulan kemudian.

“Keadaan itu menyebabkan kami menjadi yatim. Ketika sambut Ramadan pun kami bagaikan hilang arah kerana ketiadaan ibu.

“Terasa sunyi rumah yang mana ini merupakan kali pertama kami berpuasa dan berhari raya tanpa mereka. Kami kini dijaga ibu saudara di Taman Seri Bayu, Sungai Lalang di sini,” katanya.

Tiga beradik itu ditemui pada program ‘Shopping Baju Raya Anak-Anak Yatim dan Pesakit Kanser’ anjuran Cancer Survivor Malaysia (CSM).

Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau itu, Ramadan dirasakan kosong kerana tiada lagi ibu yang mengejutkan mereka untuk bersahur dan melakukan persiapan berbuka puasa.

“Kami rindu ibu kerana arwah yang memandikan dan memakaikan adik-adik baju baharu pada pagi raya. Paling sedih kami tidak lagi dapat mencium tangan ibu di pagi raya ini,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi CSM, Zuraini Kamal berkata, pada program tahunan itu, pihaknya meraikan 34 kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak pesakit kanser yang berdaftar dengan pihaknya.

“Kita membantu mereka dengan membeli keperluan pakaian raya dalam usaha meringankan beban keluarga agar kanak-kanak ini turut dapat menyambut hari raya dalam keadaan gembira walaupun bergelar anak yatim selepas kematian ibu atau bapa masing-masing akibat penyakit kanser.

“Kita tidak mahu mereka bersedih dan dalam masa sama akan menjaga kebajikan mereka agar dapat meneruskan hidup seperti biasa,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN