fbpx

Wasiyyah Shoppe lancar sistem latihan secara online kepada perunding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Wasiyyah Shoppe Bhd. (Wasiyah Shoppe) mengunjurkan 2,000 perunding kewangannya bakal mendapat manfaat daripada sistem latihan online yang dilancar baru-baru ini.

Berbanding sebelum ini, syarikat hanya mampu melatih seramai 400 perunding sebulan melalui kaedah latihan secara fizikal.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ariffin Sabirin berkata, permintaan untuk jadi perunding kewangan semakin tinggi kini dan menjadi satu kekangan bagi syarikat untuk menganjurkan latihan secara fizikal seperti yang diamalkan syarikat sebelum ini kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam musim pandemik Covid-19.

“Pendaftaran sebagai perunding boleh dibuat secara online.

“Mereka juga boleh memi­lih modul latihan mana yang mereka ingin sertai dan ia boleh disertai mereka pada bila-bila masa yang mereka berkelapangan di rumah sendiri.” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Ariffin menerangkan, sejak negara berdepan dengan krisis kesihatan ekoran pandemik Covid-19, terdapat lonjakan permintaan daripada masyarakat terhadap perkhidmatan perancangan harta dan juga untuk menjadi perunding.

“Permintaan masyarakat yang semakin tinggi untuk perkhidmatannya menyebabkan Wasiyyah Shoppe memerlukan lebih ramai perunding di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

“Sebagai syarikat pertama di dalam industri perancangan harta secara syariah yang mewujudkan peluang keusahawanan secara sistematik di dalam bidang ini sejak tahun 2004, Wasiyyah Shoppe telah membina pelbagai modul latihan yang mampu menjadikan perundingnya cekap daripada segi teknikal undang-undang syariah dan sivil berkaitan isu-isu pewarisan harta orang Islam,” jelas beliau.

Ariffin menerangkan, perunding Wasiyyah Shoppe yang telah menjalani latihan intensif sebelum ini mampu menikmati pendapatan lumayan walaupun dalam keadaan ekonomi yang mencabar sekarang.

“Ini adalah kerjaya kalis Co­vid-19,” ujarnya.

Bagi menggalakkan penyertaan sebagai perunding, syarikat menawarkan diskaun pendaftaran 50 peratus sehingga 31 Disember ini.

Jika sebelum ini, yuran pendaftaran Sadalah RM800 untuk mendapat keistimewaan sebagai perunding tetapi kini mereka perlu membayar RM400 sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI