fbpx
Sebahagian pengunjung daripada Pusat Pengajian Warga Emas Darul Ilmi MAIWP hadir pada Karnival MAIWP di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam.

Cuaca makin panas, tempahan hotel makin meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Tempahan penginapan hotel di Pulau Pinang tetap mendapat sambutan dalam kalangan pelancong tempatan dan asing meskipun keadaan cuaca panas yang me­landa negeri itu, ketika ini.

Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Pulau Pinang, Datuk Tony Goh berkata, jumlah tempahan bilik hotel me­ningkat sehingga 20 peratus sejak minggu lalu, semasa cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Menurutnya, peningkatan tempahan bilik penginapan itu adalah melibatkan semua hotel yang bertaraf tiga hingga lima bintang di bahagian pulau terutama di pusat bandar dan persisiran pantai.

“Hampir semua hotel di bahagian pulau kini penuh dan sudah mencapai sehingga 100 peratus tempahan berbanding hanya 70 peratus di kawasan tanah besar, Seberang Perai.

“Kepelbagaian lokasi tum­puan pelancong dan tempat percutian yang interaktif menjadi faktor utama kehadiran pelancongan ke sebelah pulau walaupun cuaca panas melanda negeri ini, ketika ini.

“Melihat pada situasi ketika ini (cuaca panas), ia tidak sesekali menyekat kehadiran pengunjung menginap di hotel malah cuaca sebegini dikatakan sesuai untuk mereka bercuti berbanding musim hujan,” katanya kepada Kosmo! di sini, semalam.

Sementara itu, pengusaha Homestay Ana Jaslina di Teluk Kumbar, Rohana Aziz berkata, pelanggannya kali ini lebih memilih menginap di dua buah inap desa yang mempunyai kemudahan kolam mandi untuk seisi keluarga.

“Keadaan cuaca yang panas dipercayai turut mempengaruhi jumlah tempahan inap desa. Setakat ini, ramai memi­lih menginap di inap desa yang dilengkapi dengan kemudahan kolam mandi. Semua pakat berendam dalam kolam,” katanya.

Dalam pada itu, Rohan memberitahu, jumlah tempahan di empat buah inap desa miliknya berkurangan sehingga 30 peratus sepanjang musim cuti persekolahan kali ini berban­ding bulan Disember lalu.

“Kali ini, tempahan hanya penuh pada setiap hujung ming­gu berbanding hari biasa. Jika bulan Disember lalu, kita boleh lihat pelanggan akan keluar masuk setiap masa, tidak kira hari biasa atau hujung minggu.

“Mungkin ramai yang pilih bercuti pada hujung tahun da­ripada awal tahun kerana mahu habiskan cuti tahunan,” jelas­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN