fbpx
Gambar hiasan

Luahan Pembaca: Seksanya hidup berjiran dengan manusia pengotor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

ANTARA perkara yang membuatkan kehidupan menjadi lebih ceria ialah apabila kita tinggal dalam suasana kejiranan yang mesra dan bertolak ansur.

Situasi ini akan lebih dirasai bagi mereka yang mendiami kawasan padat terutamanya penempatan berbentuk pangsapuri dan rumah flat.

Bagaimanapun, kehidupan ceria boleh bertukar sekelip mata sekiranya orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita mempunyai sikap pentingkan diri selain pengotor.

Selain berkongsi lif dan kawasan parkir yang sama, kebanyakan daripada kita juga pastinya berkongsi laluan rumah yang sama. Ada sesetengahnya, pintu rumah hanya berdepan dengan pintu rumah jiran.

Masalah timbul apabila ada jiran yang suka mengumpul barang-barang terpakai dan hanya melonggokkan ‘sampah’ tersebut di depan rumah yang menjadi laluan penghuni lain.

Selain menyakit mata dan mengotorkan pekarangan rumah, masalah paling besar di sebalik isu ini adalah keselamatan dan ketenteraman penghuni lain.

Lebih malang lagi apabila teguran yang dibuat kepada pemilik rumah berkenaan tidak banyak membantu, sebaliknya hanya menimbulkan pertengkaran.

Mungkin sudah tiba masanya pihak berwajib termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat yang meyelenggarakan kediaman tersebut untuk sentiasa turun padang bagi melihat dan menyelesaikan masalah ini.

PENGHUNI FLAT
Klang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN