fbpx
ZAYN Malik

Kaki Zayn Malik digilis kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENYANYI Zayn Malik berdepan dengan situasi malang apabila kakinya digilis tayar kereta sewaktu dikerumuni peminat ketika hadir ke acara Minggu Fesyen Paris di Perancis, baru-baru ini.

Kehadiran bekas kekasih kepada model terkenal, Gigi Hadid itu menarik perhatian peminat dan media selepas kali terakhir dia menghadiri sebuah acara besar, enam tahun lalu.

Bagaimanapun, satu kejadian tidak terduga berlaku semasa Malik sedang dikerumuni peminat sejurus habis menonton pertunjukkan fesyen.

Ketika sedang berjalan sambil dikawal pengawal keselamatan, sebuah kereta yang sedang bergerak di sebelahnya secara tidak sengaja telah menggilis kaki penyanyi berusia 31 tahun itu.

Menerusi hantaran yang dikongsikan dalam Instagram, Malik memuat naik gambar kasut putih yang dipakainya mempunyai kesan tayar.

“Kaki saya baik-baik sahaja. Terima kasih kepada kasut yang telah menyelamatkan kaki saya,” tulisnya dalam Instagram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN