fbpx

Mangsa banjir Terengganu meningkat 1,942 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Mangsa banjir gelombang keempat di Terengganu hari ini meningkat sedikit kepada 1,942 orang daripada 535 keluarga.

Mereka berada di 32 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah iaitu Besut, Dungun, Hulu Terengganu dan Setiu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Besut menjadi daerah paling terjejas dengan 744 mangsa daripada 182 keluarga kini berada di 16 PPS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN