fbpx
JEPUN mara ke pusingan 16 terbaik sebagai naib juara dan berkemungkinan bertemu pasukan Korea Selatan atau Iran. - AFP

Piala Asia: Jepun yakin mampu julang trofi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DOHA – Ketua Jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu percaya pasukannya sudah berada di landasan yang tepat untuk muncul juara Piala Asia 2023 selepas lolos ke pusingan kalah mati meskipun menamatkan saingan Kumpulan D di kedudukan naib juara.

Pada aksi terakhir kelmarin, skuad Samurai Biru dilihat tidak mempunyai masalah untuk mendominasi sepenuhnya perlawanan bertemu Indonesia sebelum melakar keputusan positif 3-1.

Kata Moriyasu, barisan pemain sudah belajar daripada kesilapan ketika tewas bertemu Iraq dan kini berjaya memberikan fokus seratus peratus di atas padang untuk melakar kemenangan ke atas Indonesia.

“Selepas kekalahan kepada Iraq, saya ada melakukan analisis dan melihat kembali kelemahan pasukan yang perlu diperbaiki pada aksi terakhir kali ini. Semua pemain yang diturunkan telah memberi seratus peratus dalam usaha melakar kemenangan.

“Rahsianya mudah, saya hanya suruh barisan pemain untuk kekal agresif sejak wisel permulaan dan kita berjaya meraih satu gol awal menerusi sepakan penalti sekali gus memudahkan pasukan untuk mendominasi perlawanan,” katanya.

Mengulas lanjut, Moriyasu mengakui tidak kisah bertemu dengan mana-mana pasukan besar seperti Korea Selatan atau Iran pada aksi pusingan kalah mati nanti selepas pasukan terpaksa akur dengan status naib juara.

“Semua pasukan yang layak ke peringkat 16 terbaik adalah pasukan berkualiti dan tidak kisah jika kita perlu menentang Iran atau Korea Selatan. Meskipun falsafah bola sepak berbeza, kami tetap hormati mereka,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN