fbpx
Suami Malisa dijangkiti HIV disebabkan perbuatan seks sesama lelaki. – Gambar hiasan

K2

Rumah tangga ranap bahana suami dijangkiti HIV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERPULUH tahun mendirikan rumah tangga sebagai sepasang suami isteri bukanlah satu jaminan kebahagiaan berkekalan.

Ada juga segelintir pasangan yang ‘tergelincir di tengah jalan’.

Menyorot kisah rumah tangganya, wanita beranak dua, Malisa (bukan nama sebenar) bersyukur kerana pernah berkesempatan merasai nikmat bahagia bersama bekas suaminya walaupun kini tiada lagi ikatan itu.

Imbas wanita dari Simpang Pulai, Perak itu, percintaan lebih kurang tiga tahun yang dibina bersama Fizan (bukan nama sebenar) berakhir di jenjang pelamin selepas masing-masing mengambil keputusan menamatkan zaman bujang.

Akui pembantu tadbir di sebuah sekolah rendah kerajaan itu lagi, dia benar-benar bahagia apabila suaminya yang merupakan seorang guru (sekolah berbeza) sudi menerima dirinya menjadi suri hati.

“Kami kenal secara tidak sengaja dalam satu acara yang dianjurkan antara sekolah.

“Dari situ, bibit-bibit percintaan sudah mula mekar antara kami. Tiga tahun mengenali hati budi, kami ambil keputusan untuk bernikah. Usia kami pada ketika itu pun sudah pertengahan 30-an,” katanya kepada K2.

Selepas lima tahun berkahwin, rumah tangga mereka sudah diserikan dengan dua cahaya mata.

Kemudian, dengan izin Allah, dia dan suami juga telah dinaikkan pangkat dan tangga gaji.

“Suami juga ada buat kerja sambilan iaitu menjadi guru tuisyen di sebuah pusat tuisyen tidak jauh dari tempat kami tinggal.

“Dapat jugalah suami menambah pendapatan untuk kami sama-sama besarkan anak-anak,” katanya.

Ibarat peribahasa panas tidak sampai ke petang, begitu jugalah yang dihadapi Malisa dalam rumah tangganya.

Hampir sepuluh tahun mendirikan rumah tangga, suami mula menunjukkan perubahan.

Perubahan yang dimaksudkan wanita itu lebih kepada tahap kesihatan suaminya yang mula merosot dan kerap demam ‘on off’.

Jelas Malisa, dalam setiap bulan pasti suaminya akan mengambil cuti sakit dek kerana demam yang tidak kebah-kebah.

“Bukan setakat demam berpanjangan, berat badan suami juga turun mendadak lebih 10 kilogram.

“Suami juga sukar tidur malam, berpeluh pada waktu malam dan kerap cirit-birit selain muntah-muntah dan langsung tiada selera makan,” katanya.

Cerita Malisa lagi, berbuih mulutnya mengajak suaminya ke klinik dan hospital bagi mendapatkan rawatan, namun langsung tidak diendahkannya.

Klimaks kepada apa yang berlaku, Malisa memberitahu, suaminya jatuh pengsan ketika di tempat kerja dan terus dibawa ke hospital berdekatan.

“Hasil ujian darah dan pemeriksaan lanjut, alangkah terkejutnya saya apabila doktor mengesahkan suami menghidap penyakit HIV.

“Ya HIV. Saya tidak salah dengar dan tidak bermimpi ketika itu. Doktor kata, suami perlu diberi rawatan segera dan mengambil ubat sepanjang hayat untuk terus hidup,” katanya.

Suami juga mengakui, selepas kelahiran anak kedua, dia mula bertukar arah dan mencuba sesuatu perkara di luar tabii apabila melakukan hubungan seks dengan kaum sejenis.

Sejak itu, dia mula hanyut dengan arus dosa dan perbuatannya itu dibalas dengan kifarah apabila mendapat penyakit yang paling ditakuti itu.

Menutup kisah, Malisa memberitahu, atas rasa dosa dan malu kepada isteri selain mahu menutup aibnya, suaminya melepaskannya dengan talak satu dan reda dengan ‘hukuman’ dunia yang diberikan itu.

Malisa berkata, selepas kelahiran anak kedua, mereka sudah jarang bersama. Mujurlah HIV suaminya tidak menjangkiti dirinya dan ujian HIV ke atas Malisa adalah negatif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN