Pada Oktober tahun lalu Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 akan diteruskan dan pembayaran dibuat pada awal Januari 2024. Itu bermakna bila-bila masa sahaja nanti ibu bapa akan dimaklumkan guru kelas anak-anak mengenai pengambilan wang berkenaan di sekolah. Sudah tentu wang itu dinanti-nantikan oleh ibu bapa untuk membeli kelengkapan persekolahan anak-anak memandangkan sesi 2023 akan berakhir awal bulan Februari ini. Ada sesetengah sekolah sudah diberi surat pemakluman pengambilan wang itu pada 20 Januari ini dan banyak……














