fbpx

Zayn Rayyan: Tiada perkembangan baharu – Ayob Khan | 15 Minit Terkini 8 Januari 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih meneruskan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin meskipun tiada perkembangan baharu setakat ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya tidak akan menghentikan siasatan walaupun tiada perkembangan.

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, pihaknya menerima maklum balas daripada Polis Antarabangsa (Interpol) berkaitan semakan pangkalan data berhubung beberapa maklumat yang diperoleh hasil siasatan setakat ini.

Hussein turut dilaporkan berkata, fokus siasatan polis kini adalah untuk mengesan tempat kejadian jenayah pertama di mana lokasi sebenar Zayn Rayyan dibunuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN