KUALA LUMPUR – Kenaikan terlalu tinggi yuran pengajian dikenakan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) terhadap pelajar dari luar negara boleh menyebabkan mereka tidak berminat untuk sambung belajar di Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagaimanapun pada prinsipnya, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak memutuskan kadar yuran IPTS.
“Cuma pada prinsipnya di IPTS, dia mudah kita tak perlu putuskan. Untuk pelajar Malaysia, kita ‘tekan sikit’ (rendahkan kadar yuran) tapi tak tekan sangatlah.
“Saya tidak fikir kita harus letakkan, cuma kalau kita letak terlalu tinggi. Orang tidak datang lagi,” katanya pada Program Wacana Strategi Anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur hari ini.
Beliau menjawab soalan salah seorang peserta sama ada kerajaan bersedia membenarkan IPTS menaikkan yuran dikenakan terhadap pelajar dari China kerana mereka berkemampuan untuk membayarnya – KOSMO! ONLINE