fbpx
Abdul Mu'iz sanggup meninggalkan bidang kejuruteraan untuk menjadi pengusaha pisang yang memberikan pulangan lumayan di Kampung Sawah Dato’, Mersing baru-baru ini.

Dulu jurutera kini tauke pisang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MERSING – Seorang pemuda nekad meninggalkan kerjaya sebagai jurutera sistem di sebuah syarikat swasta bagi mengusahakan tanaman pisang di tanah seluas 2.02 hektar di Kampung Sawah Dato’ di sini yang dapat menjana pendapatan lumayan.

Abdul Mu’iz Hanafiah, 29, berkata, dia yang mengusahakan 5,000 pokok pisang se­perti berangan, nipah dan tanduk sejak tiga tahun lalu mampu menjana pendapatan sehingga RM3,000 sebulan dengan membekalkan hasil tanaman itu kepada lebih 10 peniaga.

Katanya, sebelum ini dia hanya menerima gaji hampir RM2,000 sebulan.

Ujarnya, kejayaan yang dicapai itu hasil bimbingan dalam kursus pengukuhan usahawan pertanian dan industri asas tani yang disertainya.

“Saya juga merupakan peserta program Yayasan Petronas empower ECER Latihan Kemahiran dan Keusahawanan hingga berjaya memperoleh Sijil Kemahiran

Malaysia (SKM) tahap tiga dalam bidang pertanian Oktober lepas,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Tambah Lulusan Sarjana Muda Sains Komputer (Rang­kaian Komputer), Universiti Putra Malaysia itu, dia merancang untuk mengembangkan lagi perusahaannya kepada aktiviti yang ­lebih berteraskan ekopelanco­ngan.

Buat masa ini katanya, dia mempunyai dua kabin yang dijadikan penginapan kepada mereka yang berminat untuk merasai pengalaman unik bermalam di ladang pisang.

Pada masa sama, Abdul Mu’iz bercadang untuk menambah aktiviti dan perkhidmatan seperti memberi peluang orang ramai merasai keenakan pelbagai jenis pisang yang ditanam serta pengeluaran pelbagai jenis produk hiliran daripada tanaman itu.

Katanya, kini dia juga giat meningkatkan hasil pengeluaran bagi membantu memudahkan penduduk setempat mendapatkan bekalan tanaman tersebut.

“Jika ada minat, berusaha dan rebutlah peluang dengan belajar serta tambah ilmu menerusi kursus yang disediakan. Insya-Allah boleh berjaya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN