fbpx

Polis pukul wanita bergaduh tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu dipukul ketika dia berada di tepi jalan. - NDTV

NEW DELHI, India – Sebuah klip video yang memaparkan tindakan polis memukul seorang wanita di khalayak ramai, menimbulkan kebimbangan netizen di India mengenai kekejaman pihak berkuasa.

Stesen penyiaran NDTV melaporkan, Inspektor Rajkishore Singh, yang bertugas di balai polis Surasand dirakam memukul wanita itu di tepi jalan menggunakan sebatang cota.

Polis Sitamarhi dalam satu kenyataan berkata, siasatan mengenai kejadian itu kemudian dijalankan selepas mereka mendapat gesaan daripada orang ramai.

Mereka mendakwa bahawa Rajkishore bertindak memukul wanita itu selepas mangsa bergaduh dengan seorang wanita lain di tepi jalan.

Seorang polis, Vinod Kumar mendakwa, pergaduhan itu tercetus susulan kes penculikan seorang gadis.

“Gadis itu telah diselamatkan tetapi kedua-dua pihak bergaduh ketika berada di luar balai polis. Kesesakan lalu lintas berlaku, menyebabkan polis terpaksa menggunakan cota untuk menyuraikan orang ramai,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI