SEOUL – Polis Korea Selatan menyatakan hari ini bahawa mereka membuka kertas siasatan berhubung laporan bahawa sekumpulan hampir 24 pelajar Uzbekistan telah dihantar pulang secara paksa oleh universiti mereka.
Seramai 23 pelajar kursus bahasa di Universiti Christian Hanshin diarah menaiki bas dan telefon bimbit mereka dirampas pada 27 November lalu, demikian menurut agensi berita Yonhap.
Hanya semasa dalam perjalanan, pelajar-pelajar itu diberitahu bahawa mereka menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dan mesti pulang ke Uzbekistan kerana “gagal memenuhi syarat untuk tinggal di Korea Selatan” tambah Yonhap.
Seramai 22 pelajar berkenaan berlepas ke Uzbekistan pada hari sama, manakala seorang kekal kerana mengalami masalah kesihatan.
Seorang pegawai dari balai polis Osan memberitahu AFP bahawa kes itu “telah diserahkan kepada jabatan jenayah” tanpa memberi butiran lanjut.
Universiti Hanshin menyatakan, semua pelajar itu gagal memenuhi keperluan visa mereka untuk mengekalkan baki bank minimum 10 juta won (RM35,685) selama sekurang-kurangnya tiga bulan.
Institusi sama memaklumkan bahawa pihaknya berulang kali memberi amaran itu berhubung perkara itu, namun kumpulan pelajar tersebut tidak mengambil tindakan.
Seorang jurucakap memberitahu AFP bahawa pihak universiti cuba mengaturkan supaya kumpulan pelajar itu berpeluang meninggalkan Korea Selatan dan kembali ke semula ke negara itu tanpa sebarang perubahan dalam status (perundangan) mereka”.
Bagaimanapun, beberapa pakar undang-undang memberitahu AFP bahawa universiti tidak mempunyai kuasa untuk menghantar pulang pelajar antarabangsa.
“Ini kerana pejabat imigresen yang harus mengesyorkan atau memberitahu mereka untuk meninggalkan Korea Selatan sebaik sahaja visa masing-masing tamat tempoh,” kata aktivis tempatan, Cho Young-kwan. – AFP














