fbpx
Pelajar tingkatan empat dan lima yang telah mengikut kuiz anjuran TYMBA di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jawab kuiz perakaunan, boleh dapat biasiswa bernilai RM150,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – TYMBA, sebuah Pusat Kecemerlangan Perakaunan Profesional Global, telah menganjurkan Cabaran Kuiz Perakaunan Kebangsaan (NAQC) khusus untuk pelajar tingkatan empat dan lima yang terdiri daripada pelajar bumiputera bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang perakaunan.

Melalui kuiz tersebut, pihak TYMBA bakal membantu pelajar untuk memperoleh biasiswa daripada Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) dan Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC).

Pengasas TYMBA Education Group, Airil Razali berkata, Dalam NAQC, peserta perlu menjawab 40 soalan perakaunan aneka pilihan dalam masa satu jam dengan setepat mungkin. 

Menurut beliau, soalan-soalan peringkat SPM tersebut juga merangkumi beberapa soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang disediakan oleh Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) dan Institut Akauntan Bertauliah di England dan Wales (ICAEW) bagi menilai kecenderungan peserta terhadap kemahiran perakaunan profesional dengan lebih tepat. 

“Selepas pusingan kuiz, peserta juga akan mengambil bahagian dalam satu sesi perkongsian yang dibimbing oleh organisasi-organisasi perakaunan termasuk ACCA dan ICAEW,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Airil menjelaskan, sejak tahun 2021, TYMBA telah menjangkau ratusan remaja menerusi NAQC dan memberi inspirasi kepada lebih ramai golongan muda untuk meneruskan perakaunan sebagai kerjaya. 

“Contohnya, dalam siri NAQC 22/23, 12 pemenang daripada 100 peserta teratas telah dipilih untuk menerima biasiswa daripada Yayasan Peneraju dan Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC). 

“Setiap biasiswa itu bernilai RM150,000 dengan jumlah nilai terkumpul mencecah RM1.8 juta bagi menggalakkan mereka mengorak langkah pertama dalam profesion perakaunan dengan lancar,” ujarnya.

Tambah beliau, pusingan pertama NAQC telah berlangsung pada 9 Disember lalu manakala pusingan kedua dalam format bersemuka bakal berlangsung pada 16 dan 17 Disember ini di TYMBA City Campus, Menara Liberty. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN