fbpx
PETUGAS KKM sedang melakukan sanitasi ke atas klinik swasta di Taman Sri Aman, Pontian hari ini selepas salah seorang pesakit disahkan positif Covid-19.

Covid-19: Klinik swasta Taman Sri Aman diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Sebuah klinik swasta di Taman Sri Aman di sini diarahkan tutup selepas salah seorang pesakit disahkan positif Covid-19 Isnin lalu.

Pegawai Kesihatan Kanan, Pejabat Kesihatan Daerah Pontian, Dr. Surina Asan mengesahkan perkara itu selain kejadian tular di media sosial hari ini.

“Klinik swasta tersebut diarahkan tutup serta-merta hari ini sehingga diberitahu kelak selepas salah seorang pesakit disahkan positif Covid-19 selepas mengadu tidak sihat.

“Siasatan lanjut akan dijalankan, klinik sudah disanitasi dan semua kakitangan akan menjalani ujian calitan Covid-19 esok,” katanya ketika dihubungi di sini.

Dr. Surina berkata, difahamkan pesakit terbabit dari Batu Pahat datang melawat keluarga di Lorong Perkasa, Kampung Parit Semerah sebelum mengadu tidak sihat pada 16 November lalu.

Jelasnya, pesakit dirujuk ke klinik swasta berkenaan sebelum ujian swab test mendapati dia didapati positif Covid-19 pada Isnin lalu.

“Kontak rapat iaitu keluarga pesakit sudah menjalani ujian calitan dan kita masih menunggu keputusan,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI