fbpx
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terpaksa akur tersingkir di separuh akhir pada kejohanan Korea Masters hari ini. - AFP

Korea Masters: Cabaran Malaysia berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Langkah beregu campuran kebangsaan, Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei pada kejohanan badminton Korea Masters di Gwangju, Korea Selatan menemui titik noktah apabila tersingkir di pusingan separuh akhir.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung hari ini, beregu No.10 dunia itu terpaksa akur dengan kekalahan straight set 14-21, 17-21 kepada wakil tuan rumah, Seo Seung Jae-Chae Yu Jung dalam tempoh 39 minit.

Keputusan itu menyaksikan Tang Jie-Ee Wei mengalami kekalahan kedua kepada juara dunia tersebut dalam tiga perlawanan selepas pertemuan terakhir di Piala Sudirman Mei lalu turut memihak beregu korea berkenaan.

Untuk rekod, Tang Jie-Ee Wei boleh dianggap mengharungi musim yang cukup cemerlang apabila sudah memiliki tiga kejuaraan termasuk ketika memenangi Cabaran Antarabangsa (IC) Iran, Orleans Masters dan Terbuka Taiwan.

Dalam pada itu, beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai turut ditunjukkan jalan keluar apabila tewas 19-21, 15-21 kepada pilihan kedua kejohanan dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin.

Kekalahan dua beregu campuran itu turut menyaksikan tiada lagi kelibat pemain Malaysia yang akan beraksi pada perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN