fbpx

Lelaki didakwa miliki parang tanpa tujuan sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Seorang lelaki ditahan kerana menumbuk dan menendang anak kandungnya di Gerik minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini atas pertuduhan memiliki sebilah parang.

Tertuduh, Mohamad Zairi Mohamad, 37 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki yang juga duda itu didakwa memiliki sebilah parang berhulu plastik berwarna merah tanpa maksud yang sah di tepi jalan Kampung Perah, Gerik pada pukul 3.45 petang, 30 Oktober 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN