fbpx
Reka bentuk Model Y yang sporty dengan lambang Tesla tertera padanya. Rekaan luaran berwarna biru memerlukan bayaran tambahan.

Kereta elektrik Tesla Model Y ‘mengancam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TESLA ialah jenama kenderaan elektrik (EV) yang berpengkalan di Texas, Amerika Syarikat. Jenama ini berjaya membuat satu penanda aras dalam penghasilan EV.

Pada tahun 2009, model pertama Tesla dihasilkan dengan tanda nama Roadster. Tiga tahun selepas itu, Model S pula diperkenalkan.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) Model X dilancarkan pada tahun 2015 diikuti sedan Model 3 dua tahun selepas itu. Pada tahun 2020, Model Y pula diperkenalkan.

Pada tahun 2021, Tesla menjadi jenama EV pertama terjual satu juta unit di seluruh dunia.

Syarikat yang menjadi penanda aras EV di dunia itu akhirnya masuk ke Malaysia secara rasmi pada bulan Julai lalu. Sebelum ini, pembeli di Malaysia hanya boleh mendapatkan model Tesla dari pengimport terpakai.

Baru-baru ini, Tesla Malaysia telah mempelawa penulis untuk memandu uji Model Y selama tiga jam di pejabat mereka di Cyberjaya.

Penulis memandu uji Model Y varian Long Range AWD yang ditawarkan pada harga RM246,000. Sekadar makluman, tiga varian Model Y ditawarkan iaitu Rear Wheel Drive dan Performance selain Long Range AWD.

Model Y merupakan sebuah Crossover yang hadir dengan rekaan menarik sebagai sebuah EV.

Ruang dalaman Tesla Model Y yang kelihatan cukup moden, elegan dan ‘menyegarkan mata’.

Pada bahagian sisi pula, model ini ditawarkan dengan pemegang pintu terbenam yang memberikan imej sporty. Model pandu uji ini menggunakan rim bersaiz 20 inci berwarna hitam.

Pembeli boleh memilih untuk menaik taraf saiz rim dan tayar dengan tambahan RM10,000 atau kekal dengan rim asal (Gemini) bersaiz 19 inci.

Pada bahagian sisi juga menempatkan empat kamera. Kamera di bahagian dapra ke arah belakang, manakala kamera di tiang B untuk ke arah depan.

Pada bahagian belakang pula, jentera ini ibarat sebuah hatchback di mana but boleh dibuka luas.

Kereta pandu uji ini hadir dengan warna Deep Blue Metalic dengan tambahan RM5,000. Jika tidak mahu tambah duit boleh ambil warna Pearl White.

Masuk ke ruang kabin, model ini didatangkan dalam warna hitam atau putih. Hitam merupakan warna standard, manakala putih dengan tambahan kos RM5,000.

Ruang ralaman Tesla Model Y ini kelihatan ringkas dan kemas, semua unit kawalan terletak di skrin berukuran 15 inci.

Dari pandangan sisi, kenderaan elektrik jenama Tesla ini mempunyai rupa paras yang kemas dan sporty dengan pemegang pintu terbenam.

Butang fizikal hanya di stereng. Pada mulanya penulis agak kekok sebab hendak laras cermin sisi juga perlu melalui skrin sentuh itu.

Tiada butang penghidup enjin hanya perlu letak kad berhampiran perehat tangan di konsol tengah, masuk gear D dan jalan.

Namun, jika pemilik telah setkan pada telefon pintar, tidak perlu bawa kad kereta ini. Ia akan kesan kehadiran pemilik dan bersedia untuk bergerak.

Di Malaysia, dua pakej seperti Enhanced Autopilot dan Full Self-Driving Capability ditawarkan sebagai tambahan.

Enhanced Autopilot ditawarkan pada harga RM16,000 dengan fungsi seperti Navigate on Autopilot dan Auto Lane Change, manakala Full Self-Driving Capability pada harga RM32,000 dengan semua fungsi asas autopilot dan Enhanced Autopilot.

Model Y Long Range AWD ini mampu bergerak sejauh 533 kilometer (km) dengan pengecasan penuh. Kelajuan maksimum mampu dicapai 217 kilometer sejam (km/j).

Kadar pecutan dari pegun hingga 100km/j hanya dalam masa 5 saat.

Sekiranya menempah sekarang, model ini akan dihantar kepada pelanggan pada awal tahun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN