fbpx

Tammy puas hati ledak gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABRAHAM (kanan) meledak gol kedua Chelsea ketika mereka menewaskan Newcastle 2-0 kelmarin. – AFP

LONDON – Penyerang sensasi Chelsea, Tammy Abraham mengakui sangat gembira apabila berjaya meledak satu gol untuk membantu pasukan meraih ke­menangan kelima berturut-turut selepas menewaskan New­castle United 2-0 dalam aksi Liga Perdana Ingge­ris (EPL) kel­marin.

Kata Abraham, barisan pemain teruja apabila momentum kemenangan pasukan berjaya diteruskan meskipun rakan-rakan sepasukan baru sahaja kembali daripada jendela perlawanan antarabangsa.

“Mentaliti pasukan ketika ini cukup jitu dalam usaha memastikan kemenangan berjaya dilakar dan secara peribadi saya sangat berpuas hati ke­rana dapat menjaringkan satu gol sekali gus mengesahkan tiga mata penuh.

“Apa yang pasti, kami tidak menjadikan aksi perlawanan antarabangsa sebagai halangan untuk meneruskan momentum kemenangan dan ia terbukti selepas pasukan dapat meraih lima kemenangan berturut-turut kali ini,” katanya.

Sementara itu, pengendali Chelsea, Frank Lampard sangat berpuas hati dengan apa yang anak-anak buahnya telah pamerkan terutama apabila berjaya merekodkan aksi tanpa bolos keempat berturut-turut dalam saingan EPL musim ini.

“Menyaksikan perlawanan kali ini lebih mudah selepas pemain mengikut arahan taktikal seperti yang telah ditetapkan. Selain daripada kemenangan, saya turut gembira apabila benteng pertahanan kami kekal kebal tanpa dibolosi dan ia adalah petanda positif,” katanya.

Skuad The Blues akan me­ng­­alihkan tumpuan untuk meng­harungi kempen Liga Jua­ra-Jua­ra menentang Rennes pada aksi Kumpulan E pada saing­an awal pagi Rabu ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI