fbpx
Poster yang dikongsi PHM di laman Facebooknya.

Aktifkan kunci keselamatan kanak-kanak di kenderaan, elak anak tercampak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Public Health Malaysia (PHM) dalam akaun Facebook mengeluarkan pesanan khidmat masyarakat untuk rakyat Malaysia agar mengaktifkan sistem kunci keselamatan kanak-kanak di kenderaan masing-masing.

“Sistem kunci keselamatan kanak-kanak ini ada di hampir semua kenderaan termasuk kenderaan penumpang 90-an. Ia terletak di pintu belakang kenderaan.

“Apabila ia diaktifkan, pintu belakang hanya boleh dibuka dari luar. Ini memang agak sedikit leceh kerana ibu-bapa perlu membuka pintu dari luar setiap kali anak-anak ingin keluar.

“Tetapi, ia lebih baik daripada anak tercampak keluar daripada kenderaan semasa kenderaan sedang dipandu,” katanya.

Menurutnya, malang tidak berbau maka ambillah langkah berjaga-jaga sebelum kemalangan terjadi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut memberikan nasihat mengenai keselamatan dalam kereta.

“Amalkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak juga. Ini untuk keselamatan dan keselesaan semua,” komen Ali Ramli.

Seorang lagi pengguna laman sosial, Nur Asmida Karim berkata, kalau bawa anak-anak keluar memang selalu kunci pintu macam ini. Tingkap pun kunci. Utamakan keselamatan.

Baru-baru ini tular video klip rakaman budak dirempuh kenderaan selepas terjatuh dari pintu belakang semasa membuat pusingan U di kawasan lampu isyarat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN