fbpx

Dua wanita maut kereta bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta yang remuk teruk dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 148 Jalan Kuala Lumpur - Kuantan di Temerloh, Pahang hari ini

TEMERLOH – Dua wanita maut selepas kereta dinaiki mereka hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 148 Jalan Kuala Lumpur – Kuantan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mazlan Hasan berkata, kejadian kira-kira pukul 4.55 petang berlaku ketika mangsa yang berumur 62 dan 48 tahun dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju Kuala Lumpur.

“Apabila tiba di tempat kejadian, pemandu kereta jenis Proton Inspira itu dipercayai hilang kawalan akibat hujan lebat dan terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum dilanggar oleh sebuah lori.

“Akibat kejadian pemandu dan penumpang kereta masing-masing berusia 62 dan 48 tahun meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Katanya siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan berselekoh dan semasa kejadian permukaan jalan basah dan hujan lebat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI