fbpx
MANGSA mendakwa terkena sihir sehingga lumpuh selepas dia memutuskan hubungan sulitnya dengan seorang wanita empat tahun lalu. – GAMBAR HIASAN

Bapa tiga anak lumpuh disihir skandal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Janji-janji manis yang diberikan seorang lelaki untuk mengahwini kekasih gelapnya akhirnya memakan diri apabila dia menjadi mangsa sihir wanita berkenaan sehingga mengalami lumpuh pada kaki.

Lelaki berstatus suami orang dikenali sebagai Rafi, 38, itu berkata, penderitaan tersebut ditanggung selepas hubungan sulitnya dengan seorang guru gagal diteruskan mengakibatkan wanita berkenaan patah hati dan bertindak membalas dendam.

Menurut pekerja swasta itu, kejadian bermula pada tahun 2019 apabila dia terpaksa berpisah dengan wanita berkenaan selepas hubungan mereka diketahui oleh keluarga isterinya.

“Semuanya terjadi selepas saya berpisah dengan wanita tersebut yang merupakan seorang guru. Pada mulanya saya tidak me­nyangka terkena sihir sehinggalah ada pakar perubatan Islam yang memaklumkan semua itu berlaku sejak empat tahun lalu.

“Di peringkat awal, saya hanya berasa sakit pinggang sehinggalah pada satu hari, saya tidak dapat menggerakkan kaki. Saya sudah pergi ke pelbagai hospital dan berjumpa doktor, tetapi mereka gagal mengesan apa-apa penyakit.

“Apa yang membuatkan saya sedih apabila perbuatan ber­kenaan (sihir) dipercayai dilakukan oleh bekas kekasih saya sendiri,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad baru-baru ini. Rafi yang sudah berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai tiga orang anak juga mengakui, kehidupannya menjadi tidak menentu selepas dia kehilangan kerja akibat kedua-dua kakinya tidak dapat digerakkan.

“Sudah hampir setahun saya tidak dapat bekerja dan sekarang saya dijaga oleh isteri. Saya ­sa­­n­gat menyesal kerana segala tanggungan terpaksa diletakkan atas isteri termasuk perbelanjaan anak-anak,” ujarnya.

Menceritakan semula hubu­ngan sulitnya yang dijalin selama lebih dua tahun, Rafi mendakwa mula mengenali wanita tersebut daripada seorang rakan di tempat kerja.

“Saya jumpa dia ketika pergi makan bersama kawan di sebuah restoran. Guru itu pada mulanya meminta tolong untuk mencari sebuah rumah untuk disewa dan kebetulan saya mempunyai ­beberapa kenalan.

“Selepas beberapa kali berjumpa, dia mula mengajak saya keluar untuk makan malam,” ceritanya.

Rafi berkata, dia pada mula­nya hanya ingin menolong, tetapi tidak menyangka wanita tersebut telah jatuh hati kepadanya sehingga merancang untuk berkahwin.

“Kami mula luangkan masa dengan lebih kerap selepas itu. Saya ambil dia balik kerja di sekolah dan pernah bawa dia jumpa anak-anak kecuali isteri saya,” katanya.

MANGSA menderita selepas disihir oleh skandalnya. – GAMBAR HIASAN

Bagaimanapun kata Rafi, hubungannya bersama guru tersebut mula goyah selepas ada campur tangan daripada ke­-
luar­ga­ isterinya.

“Adik-beradik isteri sudah mula syak sesuatu dan ada beberapa kali juga kami bertengkar ketika perjumpaan keluarga.

“Lebih mengejutkan apabila isteri turut mengintip saya dan pernah bersemuka de­ngan wanita­ berkenaan di hadapan sekolah. Mereka kemudian bertengkar dan isteri saya menampar muka guru tersebut.

“Itu antara pertemuan ter­akhir saya dengan guru itu sebelum kami memutuskan untuk berpisah,” jelasnya.

Sementara itu, seorang jurujual dikenali sebagai Agus, 31, mendedahkan bahawa dia juga pernah melalui fasa hitam dalam hidup selepas gagal mengotakan janji untuk mengahwini seorang wanita yang dianggap sebagai skandal.

“Waktu itu saya baharu dua tahun berkahwin dan kenal wanita itu di tempat kerja. Kami terlalu rapat sehingga pernah terlanjur sekali ketika kami ‘outstation’ atas urusan kerja.

“Wanita itu pula minta saya berjanji untuk mengahwininya dan dia pernah mengugut untuk menyihir jika saya tidak berbuat demikian,” katanya.

Katanya, sejak berpisah de­ngan wanita itu, dia sering meracau dan tidak tenang disyaki akibat gangguan sihir yang dibuat oleh orang terdekatnya.

“Selama tiga tahun saya menderita dan sering kali me­nerima mesej ugutan sehingga menjejaskan rumah tangga saya,” dakwanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN