fbpx
Varian RS mempunyai kepanjangan 4,060 milimeter (mm) dan ketinggian 1,608mm. SUV bersaiz kompak ini bersaing dengan model jenama lain seperti Perodua Ativa.

Pengendalian ‘secukup rasa’ SUV kompak WR-V

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADA 13 Julai lalu, Honda Malaysia telah melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) bersaiz kompak baharu dengan nama WR-V sebagai pilihan kepada para pengguna di negara ini.

Nama WR-V yang merupakan singkatan Winsome Runabout Vehicle ditawarkan dalam empat varian iaitu S, E, V dan tertinggi RS pada harga bermula RM89,900.

Dari segi ukuran, panjang WR-V ini ialah 4,060 milimeter (mm), lebar (1,780mm), tinggi (1,608mm) dan jarak antara roda roda (2,485mm). Varian S bagaimanapun hanya berketinggian 1,576mm.

Baru-baru ini penulis telah dipelawa Honda Malaysia untuk sesi pandu uji model terbaharu itu di Pulau Langkawi, Kedah selama tiga hari.
Kami diberikan varian RS untuk pandu uji kali ini.

Bahagian luarannya diperkemas dengan jeriji gril krom, lampu utama LED berfungsi automatik, lampu isyarat LED dengan sequential, lampu belakang LED dan antena Shark Fin.

WR-V RS ini juga hadir dengan rim bersaiz 17 inci.

Penulis difahamkan SUV kompak ini boleh membuat radius pusingan (untuk pusingan U) hanya 5.2 meter.

SUV bersaiz kompak ini bersaing dengan model jenama lain seperti Perodua Ativa.

SUV kompak ini turut dilengkapi dengan penghidup enjin kawalan jauh dan walk away auto lock.

Dalam ruang kabin, tempat duduknya dibaluti material kulit bersama fabrik dengan benang merah.

Paparan meter klusternya bersaiz 4.2 inci TFT, selain dilengkapi pedal shift.

Dengan ukuran tempat duduk belakang yang selesa, WR-V masih mampu menawarkan ruang simpanan belakang bersaiz 380 liter.

Sistem audionya meliputi skrin sentuh bersaiz tujuh inci serta ciri ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, enam speaker dan dua USB port.

Dari segi pemanduan, model ini menggunakan enjin 1.5 liter 16 Valve DOHC i-VTEC dan transmisi CVT.

Kombinasi tersebut mampu menghasilkan kuasa maksimum 121PS pada 6,600rpm dan tork tertinggi 145Nm pada 4,300rpm. Di atas kertas, kelajuan maksimum yang dicatatkan ialah 160 kilometer sejam (km/j).

Kadar pecutan dari pegun hingga 100 km/j hanya 11.3 saat. Catatan penggunaan petrol pula ialah enam liter untuk perjalanan sejauh 100 kilometer (km).

Ruangan pemanduan yang selesa dengan paparan meter kluster 4.2 inci TFT.

SUV kompak ini menggunakan sistem stereng jenis Electric Power Steering (EPS) dengan suspensi hadapan McPherson Strut dan Torsion Beam pada bahagian belakang.

Antara ciri-ciri keselamatan yang hadir bersama model ini seperti Lead Car Departure Notification (LCDN), Adaptive Cruise Control (ACC), Forward Collision Warning (FCW), Collision Mitigation Braking System (CMBS), Lane Keep Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM), Lane Departure Warning (LDW) dan Auto High Beam.

Sebagai tambahan, varian RS ini turut dilengkapi Honda Connect untuk ciri-ciri keselamatan tambahan.

Kesimpulannya, jika mengikut kepada saiz, model ini bersaing dengan jenama tempatan Perodua Ativa yang dijual pada harga yang lebih rendah.

Mungkin akan ada yang mempersoalkan adakah yang mahu membeli model ini?

Ya ada! Ketika sesi pandu uji ini Honda Malaysia telah mengumumkan menerima lebih 7,000 tempahan dan sudah mendaftar hampir 3,300 unit WR-V di Malaysia.

Mengikut pecahan yang didaftarkan varian RS mencatatkan 62 peratus, diikuti V (19 peratus), E (13 peratus) dan S (6 peratus).

Pada pandangan saya, dari sudut luaran, model ini sedap mata memandang dengan pengalaman pemanduannya juga bersifat premium. Pengendalian dan kuasanya juga ‘secukup rasa’.

Walaupun ini SUV kompak, ruang dalamannya tidak sempit dan selesa walaupun saya duduk di belakang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN