fbpx

Seorang lagi anak Bobby Brown ditemui mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri Landon Brown, Bobby Brown Jr. (tengah) dan Bobby Brown (kanan) ketika menghadiri malam tayangan perdana filem The Bobby Brown Story di Teater Paramount, Hollywood, California pada 2018. - AFP

LOS ANGELES – Anak penyanyi R&B popular Bobby Brown, Bobby Brown Jr, ditemui mati di kediamannya di Los Angeles, petang semalam.

Bobby Brown Jr., 28, ialah anak bekas suami Whitney Houston itu bersama Kim Ward.

Polis dikejarkan ke rumah mangsa selepas menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 1.50 petang (waktu tempatan) semalam.

Sumber memberitahu portal TMZ bahawa pihak berkuasa tidak melihat kejadian itu berkaitan dengan campur tangan pihak luar namun masih menyiasat lokasi kejadian dengan teliti.

Ini merupakan kali kedua Brown berdepan dengan kematian anak selepas cahaya mata tunggal hasil perkahwinan dengan Houston, Bobbi Kristina ditemui tidak bernyawa dalam tab mandi pada 2015.

Tiga tahun sebelum itu, Houston juga ditemui meninggal dunia dalam keadaan serupa dengan anak perempuannya.

Jurucakap polis Los Angeles memberitahu ketika pihaknya tiba di tempat kejadian, terdapat seorang individu berada di situ.

Setakat ini, punca kematian Bobby Jr. masih belum dapat disahkan.

Menerusi laporan agensi berita CNN, wakil pengurusan Brown memaklumkan penyanyi itu menolak untuk memberi sebarang komen tentang kematian anaknya.

Brown mempunyai tujuh orang anak iaitu Landon, 34, LaPrincia, 30, Cassius, 11, Bodhi, 5, dan Hendrix, 4 termasuk Bobby Jr. dan Bobbi Kristina. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN