fbpx
Polis memasang pita halangan di lokasi kejadian bunuh di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, Kuala Lumpur semalam.

‘Siang lengang, malam baru meriah di sini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kawasan kejiranan yang menjadi lokasi pembunuhan tiga lelaki di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir di sini kelmarin didakwa hanya ‘aktif’ pada waktu malam dengan kehadiran ramai warga asing.

Tinjauan Kosmo! Ahad di lokasi berkenaan pada petang semalam turut mendapati suasana le­ngang dan hanya terdapat sebuah trak polis unit forensik.

Selain itu, terdapat juga pita halangan polis yang diletakkan di belakang kawasan rumah kedai itu yang dipercayai bagi tujuan siasatan.

Seorang pekerja tempatan yang mahu dikenali sebagai Rashid, 40 tahun berkata, kawasan tersebut memang sunyi pada siang hari.

Malah, dia yang sudah dua tahun bekerja di situ turut terkejut dengan berita pembunuhan membabitkan tiga warga asing di kawasan itu.

“Biasanya saya hanya tengok orang mabuk di sini dan pernah juga ada kejadian ragut. Tidak sangka pula ada kejadian bunuh semalam (kelmarin).

“Waktu kejadian berlaku, saya baharu sahaja pulang ke rumah iaitu sekitar pukul 8 malam. Pagi tadi (semalam), majikan maklumkan ada kejadian bunuh di atas blok kedai kami.

“Sini waktu siang memang kurang orang, kadang-kadang tiada langsung. Lepas pukul 5 petang baru ramai warga asing balik dari kerja. Masa itu memang meriah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN