fbpx

Raja Permaisuri berkerusi roda balik dari Kembara Kenali Borneo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video di Instagram Istana Negara.

PETALING JAYA – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkerusi roda semasa berangkat pulang ke Kuala Lumpur selepas menamatkan Kembara Kenali Borneo di Kuching, Sarawak hari ini.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram rasmi Istana Negara, Raja Permaisuri dilihat berkerusi roda namun berkenan meluangkan masa mengambil gambar bersama orang ramai sebelum berangkat.

Tinjauan di ruang komen mendapati, orang ramai mendoakan agar Raja Permaisuri segera sembuh dan dapat berehat sebaik sahaja tiba di ibu negara.

“Semoga cepat sembuh Tuanku Permaisuri, terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama kami rakyat Sabah dan Sarawak. Semoga bertemu lagi,” kata Zeita.

“Semoga sihat Permaisuri yang kami sayangi,” kata Lynie.

“Semoga Tuanku berdua dalam kesihatan yang baik. Terima kasih datang ke Sarawak,” kata Sheikh.

Terdahulu, keberangkatan pulang rombongan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu susulan tamatnya Kembara Kenali Borneo bagi Sarawak yang merangkumi jarak sejauh 1,194 kilometer (km).

Kembara selama 11 hari itu melibatkan perjalanan jarak sejauh 2,154 km menelusuri Lebuh raya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.

Turut sama dalam Kembara Kenali Borneo ialah paduka anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI