fbpx
FIFY AZMI

Fify Azmi tiada masa meroyan sebab lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TIADA pasangan bercinta yang inginkan perpisahan dalam sebuah perhubungan apatah lagi sudah ada perancangan ke jenjang pelamin.

Janji sehidup semati yang pernah disemai sebelum ini akhirnya hanya tersimpan rapi dalam kotak kenangan.

Itu gambaran terlerainya cinta Fify Azmi dan Nafiez Zaidi baru-baru ini.

TIDAK menolak jodoh dengan Syazwan, dia bagaimanapun terbuka untuk berkawan dan mengenali dengan mana-mana lelaki ketika ini.

Enggan tersekat dalam fasa kecewa, Fify bertegas, semua kenangan bersama bekas kekasih kini tersemat sebagai memori dalam lipatan sejarah hidupnya.

Memilih untuk kembali sebagai wanita berstatus solo bukanlah satu hal yang mudah tetapi keputusan tersebut perlu diambil bagi agar tidak terus tersakiti.

Hatinya kental, bisik penulis dalam hati apabila mula menerjah pemilik nama penuh Nur Afiqah binti Mohamed Azmi itu dengan kisah kisah putus cintanya.

Bukan sahaja sangat positif, malah tiada sekelumit pun riak riak sedih terpancar dari wajah saat bibirnya rancak berbicara soal dan perasaan sepanjang wawancara sebagai penghias sampul muka hadapan Pose minggu ini.

Foto: SHIDDIQIEN ZON Solekan: Manda Zuhairy (Instagram @elmandazuhairy)
Tatarias: (Instagram @Bayatailor & @abimhassan89)

“Tiada apa yang hendak saya ratapi sebab takdir, terutama berkaitan jodoh sudah ditentukan Tuhan. Kalau Dia kata orang itu bukan jodoh saya, maka itulah yang perlu saya terima.

“Lebih baik hubungan itu terlerai sekarang daripada terus menyakitkan pada hari mendatang, jadi lebih baik move on sahaja,” jelasnya yang enggan kisah putus cintanya terus diperkatakan.

Bagi sesetengah orang, jika sudah putus, bau pun sudah tidak boleh hidu, namun berbeza bagi Fify.

Dia boleh kekal berkawan dengan Nafiez, bahkan, bertegur sapa apabila bersua di mana-mana acara hiburan.

“Buat apa hendak bermusuh, kami pernah saling memiliki rasa cinta sebelum ini dan kalau putus, lebih baik berkawan daripada bermasam muka.

“Kalau dia sudah jumpa pengganti sekali pun, saya tumpang bahagia, tiada masa hendak meroyan,” tutur wanita berusia 33 tahun itu.

Bertukar topik, Fify kemudian sedikit gemuruh saat menjawab pertanyaan mengenai hubungan baiknya dengan aktor, Syazwan Zulkifly.

FIFY enggan kisah peribadinya terlalu diperbesar-besarkan sehingga menutup ruang cerita berkaitan
karya-karya seninya.

Syazwan Zulkifly

Akuinya, lelaki itu antara sahabat lelaki paling rapat dengannya ketika ini.

Pada masa sama, bintang Wira itu enggan meletakkan sebarang ‘status’ mengenai hubungan mereka dan hanya menyerahkan semuanya kepada Tuhan.

“Kami bersahabat baik dan mula rapat selepas menjalani penggambaran sebuah drama bersama.

“Buat masa ini tak mahu fikir sangat tentang cinta, namun terima kalau Tuhan sudah tetapkan dia jodoh saya. Siapa kita nak tolak ketentuan-Nya,” katanya sambil tersipu malu.

Ungkapnya lagi, perkongsian yang dimuat naik Syazwan dalam media sosial baru-baru ini bukan bawah kawalannya dan terpulang kepada pemahaman ramai untuk membuat sebarang justifikasi.

“Kalau boleh tak mahu berbicara lebih tentang hubungan baik antara kami. Kita tidak tahu apa akan jadi pada masa depan.

“Jika dia muat naik sebarang konten mengenai kami, saya okey sahaja sebab kami kawan baik. Biarlah masa menentukan dan terpulang kepada orang ramai buat andaian,” jelas pemenang Pelakon Harapan Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 itu.

Tutup seketika cerita peribadi, kerjaya seni bekas peserta Dewi Remaja 2014/2015 itu kian rancak dengan membintangi beberapa naskhah popular yang hangat ditayangkan ketika ini seperti Aku Yang Kau Sakiti dan Obsesi Dia.

MESKIPUN janji yang dipateri tidak sampai ke jenjang pelamin, hubungan Fify dan Nafiez kini kekal baik sebagai sahabat seindustri.

 

Nakal, seksi

Jika dilihat semula, kebanyakan watak digalasnya, gadis nakal atau watak remaja bermasalah. Itu tidak dinafikan.

“Apa pun, saya bukan yang semborono terima dan tetap menapis sebelum menerima sebarang tawaran.

“Kalau boleh mahu yang mencabar dan lari daripada kebiasaan. Watak heroin mungkin lambat lagi nak dapat, mungkin satu hari nanti, insya-Allah,” tuturnya lagi.

Wanita bertubuh genit ini juga enggan terlalu mengejar populariti dan berlapang dada sekiranya harus terus merangkak untuk membina nama sebagai anak seni.

“Dalam kamus hidup saya, tidak wujud perkataan tergesa-gesa terutama ingin cepat dikenali.

“Saya okey begini, mungkin orang lihat graf kerjaya agak perlahan tetapi realitinya semuanya berjalan lancar,” tutupnya.

Sempat diasak soalan tentang penampilannya yang dikatakan semakin hari semakin mencolok mata.

“Saya jadi diri sendiri, sebenarnya tidaklah terlalu seksi seperti dicanang ramai.

“Namun, saya terima semua komen dan nasihat dengan hati terbuka.

DALAM kamus hidupnya, Fify enggan terlalu mengejar populariti dan berlapang dada sekiranya harus terus merangkak untuk membina nama sebagai anak seni.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN