fbpx
Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berswafoto bersama tetamu pada Majlis Santapan Malam Kerajaan Negeri di Kota Kinabalu baru-baru ini. - FOTO ISTANA NEGARA

Orang Sabah teruja, beri sambutan luar biasa kepada Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Minggu ini kalau kita menonton video di TikTok akan keluar berduyun-duyun FYP (For Your Page) mengenai lawatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Sabah.

Meriah sungguh dan sangat luar biasa sambutan orang Sabah terhadap baginda berdua di sana sempena Kembara Kenali Borneo yang sedang berlangsung sehingga 13 September ini.

Pada hari pertama, susun atur jadual baginda telah lewat selama 6 jam berikutan orang ramai yang menunggu di tepi jalan menyambut ketibaan keluarga diraja ini di daerah Tawau.

Perkara itu telah merisaukan Al-Sultan Abdullah sehingga Istana Negara mengeluarkan satu kenyataan akhbar yang mahu orang ramai agar sentiasa berada di bahu jalan dan tidak menyeberangi jalan raya ketika konvoi Kembara Kenali Borneo.

Orang ramai dinasihatkan tidak melintasi setiap lokasi yang dijadualkan untuk baginda bagi mengelakkan kemalangan atau kejadian tidak diingini.

Ada yang mahu bersalaman, berswafoto dan mahu melihat lebih dekat wajah baginda berdua yang selama ini hanya dilihat di kaca televisyen dan media sosial.

Setiap laluan baginda sepanjang Kembara Kenali Borneo, orang ramai turut membuat siaran langsung di telefon bimbit masing-masing.

Mencuri tumpuan juga apabila turut berangkat mengikuti program Kembara Kenali Borneo ialah paduka anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah,

Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana.

Wajah anakanda baginda terutama Tengku Muhammad Iskandar turut mencuri tumpuan sehingga ada yang tertukar dengan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Pelbagai perkara lucu berlaku sepanjang kembara baginda yang dipaparkan di media sosial seperti bahasa istana yang digunakan oleh orang Sabah ketika bertemu keluarga diraja sehinggalah ada yang tersasul membahasakan diri sendiri beta.

‘Boleh beta berselfie dengan Tuanku’, kata seorang penduduk Sabah yang tersasul membahasakan dirinya beta terhadap Al-Sultan Abdullah.

Selain itu ada juga rakyat Sabah yang menyebut Tuhanku Agong yang sepatutnya disebut Tuanku Agong sehingga tular di media sosial.

Kata seorang netizen, maafkan orang Sabah kerana banyak tersasul begitu, orang negeri itu tidak pernah ada Sultan dan jarang gunakan bahasa istana.

Sungguhpun Agong dan Permaisuri betul-betul berjiwa rakyat tidak terlalu protokol, kita sebagai rakyat perlu juga menjaga tutur kata dan kelakuan.

Jangan pula sampai berlaku lagi tarik menarik tangan baginda serta kelakuan ‘kurang adab’ merangkul leher Tuanku ketika berswafoto. Daulat Tuanku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN