fbpx
Keluarga Awang tinggal bersama tiga generasi di dalam sebuah rumah di Ajil, Terengganu. (GAMBAR KECIL) Keadaan ruang tamu keluarga Samad yang penuh pakaian.

Elak konflik, keluarga bersesak perlu toleransi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keluarga yang terpaksa tinggal bersesak dalam satu rumah perlu memiliki sikap toleransi yang tinggi bagi memastikan keharmonian ­antara me­reka terpelihara.

Pakar Sosial, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, tanpa sikap toleransi yang sewajarnya boleh mengundang pelbagai implikasi negatif seperti mudah berasa kecil hati antara satu sama lain.

“Sesebuah keluarga memerlukan rumah dan ruang yang mencukupi dan selesa untuk semua, tetapi tidak semua seperti itu. Sebagai sebuah masyarakat kita kena terima realiti semasa ini.

“Seperti kita ketahui apa-apa boleh berlaku seperti ada terasa hati jika berlaku sesuatu isu. Jadi keluarga yang mengalami kea­daan itu perlu membuat adaptasi supaya tidak berlaku konflik dalam keluarga,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mohammad Shatar berkata, antara yang boleh dilakukan oleh keluarga seperti itu adalah berbincang apakah yang terbaik untuk mereka bersama menduduki rumah berkenaan tanpa menjejaskan keharmonian.

Antara contoh terpenting adalah berhubung giliran menggunakan bilik tidur oleh pasangan ke­lamin perlu diperbincangkan dan dipersetujui oleh semua.

“Mungkin boleh mengadakan giliran siapa yang boleh gunakan bilik yang tertentu pada masa tertentu. Mereka tidak boleh dapat seperti dikehendaki, tetapi itu yang terbaik.

“Perbincangan dan persetujuan bersama boleh membantu mewujudkan keharmonian dan dalam masa sama setiap ahli ke­luarga perlu terima realiti sebenar mereka sedang hadapi,” katanya.

Menurut Shatar, jika ada kanak-kanak, mereka wajar dibawa melakukan aktiviti luar rumah seperti beriadah di taman permainan dan sebagainya.

Kata beliau, langkah tersebut sedikit sebanyak dapat meme­nuhi keperluan ruang untuk mereka bermain kerana kanak-kanak juga memerlukan ruang untuk aktiviti demikian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN