fbpx
Tawaran suntikan filler membesarkan payudara lebih mudah didapati di media sosial. – GAMBAR HIASAN

Kos besarkan payudara serendah RM999 sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Permintaan tinggi dalam kalangan wanita yang mahu kelihatan cantik menyebabkan ada individu atau pusat estetik haram menawarkan prosedur membesarkan payudara menerusi suntikan filler pada harga serendah RM999.

Harga yang ditawarkan pakar kecantikan tidak bertauliah itu bermula dari RM999 sehingga RM2,299 bergantung kepada isipasu filler dan saiz payudara yang dimahukan.

Prosedur suntikan filler yang sebelum ini popular di Korea Selatan, Indonesia dan Thailand itu lebih mudah kerana boleh dilakukan di rumah yang dijadikan ‘klinik kesihatan’ atau spa dan mengambil masa singkat.

Janji temu bagi perkhidmatan itu dibuat secara dalam talian.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, individu yang menawarkan kaedah suntikan filler itu mempunyai pengikut yang ramai dan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan orang ramai yang bertanyakan tentang servis mereka di ruangan komen.

Seorang wanita dari Kelantan yang menawarkan servis itu berkata, harga yang ditawarkan itu adalah bagi sesi rawatan meliputi ubat antibiotik, ubat penahan sakit dan urutan bagi memastikan filler yang dimasukkan tidak berketul, manakala konsultasi pula adalah percuma.

“Biasanya jika ambil isipadu 500 atau 600 mililiter (ml) sudah ‘cantik’. Kebanyakan pelanggan ambil (isipadu) 600ml, baru be­tul-betul nampak hasilnya,” katanya kepada Kosmo!.

Mula beroperasi sejak akhir tahun lalu, wanita itu membe­ritahu, sebelum memasukkan filler, pelanggan akan disuntik ubat bius terlebih dahulu dan masa yang diambil pula antara tiga hingga empat jam bagi satu sesi rawatan.

Perkhidmatan itu juga didakwa selamat dan tidak sakit kera­na menggunakan hyalunoric acid (HA) yang diimport dari Korea Selatan di samping kesannya cepat iaitu boleh dilihat dalam masa sejam sahaja.

Pelanggan juga boleh meneruskan aktiviti seperti biasa tanpa perlu berehat atau me­lakukan rawatan lanjut selepas mendapatkan suntikan filler tersebut.

“Tiada kesan sampingan ke­tara biasanya demam, sakit bahu dan bagi sesetengah orang mereka tidak rasa apa-apa (kesan) bergantung kepada badan. Tetapi kena jaga makan (berpantang) makanan laut,” katanya.

Selain kaedah memasukkan filler, terdapat perkhidmatan lain iaitu menyuntik platelet-rich plasma (PRP) untuk menegangkan aset wanita tersebut.

Seorang individu yang menawarkan servis itu di Rawang, Selangor pula berkata, PRP ditawarkan pada harga serendah RM500 dengan darah pelanggan diambil bagi mendapatkan plasma.

Wanita itu turut menawarkan servis suntikan filler bermula dari RM1,700 untuk isipadu 500ml dan menggunakan HA dari Korea.

Dalam pada itu, seorang pe­langgan dikenali sebagai Hana, 31, memberitahu, dia mengambil suntikan filler pada tahun lalu.

“Saya tidak menyangka kali ketiga membuat rawatan itu, filler yang disuntik di payudara pecah kerana dijangkiti kuman. Saya tanggung kesakitan, mujur sempat pergi hospital. Filler itu pecah sendiri. Cecair kuning tidak henti-henti mengalir.

“Doktor tidak sempat buat pembedahan sebab ia pecah sendiri. Jadi mereka perlu memasukkan antibiotik. Suntikan filler ini tidak dibenarkan sama ada di spa kecantikan atau klinik, sebab tiada kelulusan Kementerian Kesihatan,” katanya.

Pekerja bank itu menasihatkan wanita lain agar berfikir panjang sebelum membuat keputusan menyuntik filler.

“Tidak kisahlah hendak buat di bahagian mana. Kalau kena macam saya, menyesal tak sudah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN