fbpx

Nahas Elmina: Trafik sesak di laluan alternatif, Bukit Subang, Denai Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesesakan luar biasa yang berlaku di laluan alternatif ekoran penutupan persimpangan Elmina. Foto IHSAN PEMBACA

PETALING JAYA – Penutupan persimpangan Elmina susulan kejadian sebuah pesawat peribadi terhempas yang mengorbankan 10 nyawa, semalam, menyebabkan kesesakan teruk hampir di semua laluan alternatif, pagi ini.

Kesesakan itu berlaku ekoran laluan keluar dan masuk ke Elmina di kedua-dua arah dari lebuh raya di persimpangan Elmina menuju Elmina Barat, Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), ditutup buat sementara waktu sehingga kerja-kerja pembersihan dan siasatan selesai.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, rata-rata penduduk sekitar berkongsi situasi kesesakan luar biasa di hampir semua laluan alternatif, pagi ini.

“Harap warga Elmina Bukit Subang, Denai Alam dan Saujana bersabar ya sesak teruk dari semua arah lebih dari 5 kilometer (km),” kongsi Zulkifli Zul.

“Elakkan guna jalan Persiaran Shorea hari ni. Sesak teruk dari segenap cabang di Elmina dan Denai Alam. Sesak teruk geng, berkampung la atas jalan kat kawasan ni,” kongsi Mat Idi.

“Jangan kata Shorea, nak keluar ke Jalan Kuala Selangor ikut depan Propandu Driving School tu pun sesak teruk mula dari selekoh tepi SU3 tu lagi. Persiaran Mokhtar Dahari pun sama juga,” kata Ahmad Izzat.

“Trafik sesak dari kedua-dua arah Johawaki – Denai Alam – Johawaki,” ujar seorang lagi pengguna.

Kosmo! semalam melaporkan, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) dalam satu kenyataan berkata, para pengguna diminta untuk menggunakan laluan alternatif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI