PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri.
Menurut laporan MetMalaysia di laman Facebook, cuaca buruk itu diramal berlarutan hingga pukul 9 malam, hari ini.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak dan Muallim, Perak.
“Selain itu, cuaca buruk juga diramal berlaku diseluruh negeri Kelantan dan Terengganu,” katanya dalam hantaran sama.
Selain itu, hujan lebat turut diramal di Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin, Pahang dan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat, Selangor.
“Di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau) dan Kapit (Song dan Belaga).
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimiter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya. – KOSMO! ONLINE














