fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat, ribut petir di Melaka, Perlis, Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan lima buah negeri di Semenanjung sehingga 12 tengah hari.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di seluruh negeri Melaka dan Perlis.

“Keadaan sama juga dijangka berlaku di daerah Langkawi, Kedah.

“Sementara itu di Negeri Sembilan, amaran ribut petir dikeluarkan bagi daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau”, jelas MetMalaysia.

Selain itu, amaran sama juga dikeluarkan bagi beberapa daerah di Selangor iaitu Klang, Kuala Langat dan Sepang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN