fbpx
MAJIKAN perlu membayar sehingga RM10,000 untuk mendapatkan khidmat pembantu rumah melalui ejen yang berdaftar. – GAMBAR HIASAN

Taktik masuk Malaysia guna tiket amah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai yang ingin mendapatkan pembantu rumah dinasihatkan untuk menggunakan khidmat daripada agensi berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) bagi mengelakkan ditipu sehingga menyebabkan kerugian.

Presiden Persatuan Majikan Amah Malaysia (MAMA), Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein berkata, dalam masa sama, adu­an boleh dibuat kepada JTK sekali gus tindakan boleh diambil segera jika timbul masalah dengan agensi yang berdaftar.

“Sekiranya mengambil ‘maid’ melalui agensi berdaftar serta diiktiraf JTK, lebih terjamin ke­rana mereka terikat dengan peraturan.

“Malah, agensi ini bertanggungjawab sepenuhnya dalam urusan pengambilan pembantu rumah selain diiktiraf oleh persa­tuan. Jika mereka melanggar dan melakukan kesalahan, akan diambil tindakan termasuk persatuan boleh mendenda mereka,” kata­nya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Ditanya faktor segelintir orang ramai menggunakan ejen tidak diiktiraf, beliau berkata, berkemungkinan mereka mahu mendapatkan pembantu rumah dengan kos lebih rendah berbanding agensi berdaftar yang mengenakan harga tinggi.

“Kos agensi berdaftar ini anggaran dalam RM17,000 ke atas dan ejen tidak berdaftar pula mungkin bawah RM10,000. Namun, risiko mereka ditipu sangat tinggi selain tidak terikat dengan undang-undang,” ujarnya.

Berhubung dakwaan berkemungkinan ejen tidak berdaftar berkomplot dengan pembantu rumah untuk melarikan diri, Engku Ahmad Fauzi berkata, beliau tidak pasti dengan perkara tersebut.

Katanya, kisah amah lari daripada majikan selepas tiga bulan atau beberapa bulan bekerja banyak kedengaran dan ia lazim berlaku.

“Kita pun tidak ada bukti dan hanya dengar-dengar cerita ko­nonnya ejen berkomplot dengan pembantu rumah untuk melarikan diri.

“Ada yang kata ejen ambil kesempatan tiga bulan jadi pembantu rumah sekejap, kemudian bekerja pula ke rumah lain atau bertukar bidang kerja yang lain,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN