fbpx

Pengasuh dera bayi enam bulan hingga maut didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh bayi perempuan berusia enam bulan, minggu lalu.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa membunuh Cheong Si Yu berusia enam bulan di sebuah rumah di Chemor antara pukul 12 tengah malam pada 9 Julai 2023 hingga 11 pagi, 12 Julai 2023.

Pada Sabtu lalu, seorang bayi perempuan dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat selepas dua hari dalam keadaan koma.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian bayi terbabit disebabkan kecederaan di kepala akibat objek tumpul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN