fbpx

Lebih 1,000 calon STPM 2022 capai gred 4.00

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Seramai 1,184 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau 2.84 peratus mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 bagi 2022.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Dr. Mohd. Ekhwan Toriman berkata, bilangan itu meningkat sebanyak 310 calon berbanding 874 calon pada 2021.

Katanya, daripada 1,184 calon, 1,009 calon atau 85.22 peratus adalah dari kategori B40.

Jelasnya lagi, peratusan calon STPM 2022 pada PNGK 3.75 dan ke atas ialah 9.59 peratus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN