fbpx
Hanyan (kanan) menenangkan abang Muhammad Fikri, Shahrizal yang sebak sebaik mayat kesembilan dijumpai disahkan adiknya di Air Putih, Kemaman hari ini.

[VIDEO] Tragedi kepala air: Mangsa kesembilan disahkan Muhammad Fikri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Mayat kesembilan tragedi kepala air Jeram Mawar, Air Putih di sini yang ditemui 9.20 pagi tadi disahkan Muhammad Fikri Saliman.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mayat mangsa itu disahkan selepas menerima laporan pemeriksaan cap jari pada pukul 5.30 petang tadi.

“Selepas tujuh hari kejadian, mayat mangsa agak uzur untuk dibuat pengecaman, jadi identiti dikenalpasti melalui cap jari dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

“Pengesahan telah dilakukan menerusi cap jari,” katanya pada sidang akhbar di Air Putih di sini hari ini.

Hanyan berkata, mayat Muhammad Fikri, 24, ditemui terdampar di beting pasir kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan masih memakai seluar dan aras air yang surut di kawasan itu pada hari ini memudahkan pencarian.

“Jenazah mangsa akan diserahkan kepada keluarga mangsa kira-kira pukul 10 malam ini untuk dikebumikan di Batu Pahat, Johor,” katanya.

Dalam perkembangan sama, operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa yang tinggal iaitu Putri Nor Fatin Karim, 14, ditangguhkan sementara pada pukul 5 petang ini dan akan disambung semula pukul 9 pagi esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN