fbpx
ZAMBRI yang bersendirian dalam panggung wayang pada siang hari berasa ada suara berbisik yang didengari semakin lama semakin dekat seolah-olah betul-betul di belakang kerusinya. – ILUSTRASI SHAH HASAN

Diganggu hantu siang panggung wayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Seperti biasa, lelaki itu gemar membeli tiket tayangan panggung wayang paling awal yang dijual pada hari bekerja di siang hari.

Keadaan pawagam yang sunyi dan tidak ada penonton lain memberikan privasi yang disenangi Zambri.

Menonton di skrin besar tanpa bunyi orang berbisik membincangkan plot atau bunyi orang mengunyah bertih jagung memberikan Zambri rasa seperti dia menempah satu panggung untuk dirinya.

Namun, satu hari, kejadian aneh berlaku sewaktu Zambri khusyuk menonton tayangan filem antarabangsa, Jurassic World Dominion.

Zambri yang merupakan pekerja sebuah pasar raya itu terdengar sayup suara orang sedang berbisik-bisik di barisan atas kerusi panggung wayang.

“Pada masa itu, saya ingat sama ada orang masuk panggung lambat atau pekerja wayang itu sendiri. Jadi, saya pun berdehem sebagai isyarat untuk perlahankan suara.

“Suara itu terdiam sebentar sebelum bunyi berbisik itu menjadi semakin lama semakin dekat. Akhirnya, rasa seperti bisikan itu datang betul-betul dari kerusi di belakang saya,” katanya.

Biarpun begitu, Zambri mengakui tidak cemas kerana dia sedar bahawa ketika itu hari siang dan filem yang ditontonnya bukan filem seram.

Pemuda dalam lingkungan 20-an itu mengandaikan ada rakannya sengaja mahu mengusiknya kerana ramai antara mereka yang tahu mengenai hobi anehnya itu.

Tetapi, kesabarannya tercabar apabila kerusinya ditendang berkali-kali sehingga dia tidak dapat fokus pada jalan cerita wayang itu.

“Saya bangun dan pusing belakang sambil mengeluarkan kata-kata kesat. Saya terkejut apabila dapati tak ada orang di belakang saya.

“Kalau nak kata kawan saya lari keluar, pasti tak sempat. Saya terus meninjau di sekeliling wayang, sunyi dan tidak ada orang,” ujarnya.

Melihat situasi itu, Zambri bergegas ke pintu keluar, namun dia ternampak seperti kelibat orang berbaju putih labuh di hadapan pintu.

Zambri terus ke pintu yang lain dan situasi sama berlaku sehingga dia merasa tiada arah lagi untuk pergi.

Di skrin wayang tersebut, filem Jurassic World Dominion masih lagi bermain seperti biasa.

“Saya duduk dan sambung tonton sambil berzikir. Saya dah tak tahu jalan cerita filem itu. Popcorn saya habis berterabur waktu saya berlari ke sana ke sini tadi.

“Saya kemudian terasa seperti ada kelibat duduk dekat bahagian tepi sebaris kerusi saya, tapi saya nekad tidak ambil peduli,” katanya.

Sebaik sahaja tayangan habis dan pintu panggung dibuka, Zambri terus berlari keluar dari panggung.

Katanya, sejak itu, dia kini lebih gemar menonton filem menerusi saluran berbayar seperti Netflix berbanding ke panggung wayang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN