fbpx
Tinjauan Persepsi Kekayaan HLB menemukan 12 peratus rakyat Malaysia melihat diri mereka sebagai kaya. – GAMBAR HIASAN

Dulu hanya jual ikan, kini jadi jutawan muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang pemuda berjaya membuktikan dia mampu bergelar jutawan pada usia muda biarpun bermula dari bawah dengan menjaja ikan di tepi jalan pada usia 19 tahun.

Nekad mengubah nasib keluarga, lelaki dikenali sebagai Zaidi, 33, itu bekerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah kerana sedar ibu bapanya bukan daripada orang yang senang.

Kini Zaidi yang berasal Bachok boleh mengukir senyuman apabila usaha gigihnya sejak lebih sedekad yang lalu membuah hasil dengan memiliki perniagaan dan aset bernilai lebih RM4 juta.

Ia meliputi dua buah kilang perabot, premis perniagaan, jentera berat seperti jengkaut, beberapa buah lori dan sebuah kereta mewah jenis Ford Mustang yang dibeli pada harga lebih RM300,000.

Cerita Zaidi, dia mengorbankan masa remaja sewaktu berusia 19 tahun dengan menjual ikan di tepi jalan selepas mendapat modal sebanyak RM500 yang diberikan oleh bapanya pada tahun 2009.

“Saya bermandi peluh setiap hari dengan mengangkat ikan dari jeti sebelum dijual di tepi jalan. Ketika itu saya memperoleh pendapatan sebanyak RM200 sehari.

“Wang itu saya gunakan untuk membeli barangan keperluan dapur selain disimpan.

“Sejak remaja lagi saya memang bercita-cita mahu bergelar seorang ahli perniagaan,” kata­nya ketika ditemui Kos­mo! di sini semalam.

Zaidi memberitahu, dia tidak menunggu lama untuk mengembangkan kerjayanya apabila seorang rakan memaklumkan sebuah kilang perabot di Kota Bharu hampir lingkup pada tahun 2013.

Berikutan itu, pemiliknya sedang mencari penyewa baharu bagi mengelakkan perniagaan tersebut terus merosot.

Dengan wangsimpanan sebanyak RM20,000, Zaidi kemudian memberanikan diri menyewa kilang tersebut RM4,000 sebulan.

Jelasnya, perjalanan sebagai ahli perniagaan bukan mudah kerana wang dan modal adalah dua perkara penting bagi sesebuah syarikat.

Menurut bapa dua anak itu, dia kemudian melabur membeli jentera berat bagi memproses kayu untuk membuat perabot.

“Sejujurnya, saya banyak menghabiskan masa untuk membina perniagaan sejak berusia 25 tahun. Saya berjaya membeli kilang dan alhamdulillah ia beroperasi sampai sekarang.

“Selepas itu, saya membeli sebuah lagi kilang untuk dijadikan pusat memproses barangan pera­bot di Kuala Krai, selain menceburi perniagaan penapis haba kereta dan hartanah.

“Saya anggap (kekayaan) ini sebagai hadiah daripada Allah atas segala usaha keras sebelum ini. Ramai orang muda gemar menayang aset untuk menarik perhatian, lebih baik kita bantu dan beri galakan kepada orang muda untuk berniaga,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN