fbpx
GAMBAR fail menunjukkan Allahyarham Mohd. Iqmal (duduk, tengah) bergambar bersama adik-beradiknya.

‘Walaupun dia terkorban kena letupan bom, saya tetap bangga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Ayah kepada Laskar Udara 1 Mohd. Iqmal Masdi, 22, yang terkorban dalam insiden letupan bom lempar ketika sesi latihan kelmarin tetap berbangga dengan pengorbanan yang disumbangkan anaknya itu walaupun arwah baharu dua tahun menyertai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menurut Masdi Md Isa, 57, sekalipun anak ketiga dari enam adik beradik itu terkorban semasa latihan dan bukannya dalam medan peperangan, dia tetap menganggap pemergian Mohd. Iqmal sebagai sesuatu yang perlu dibanggakan.

“Bapa mana yang tidak sedih bila kehilangan anak, tetapi saya perlu terima dan pasrah dengan takdir ini. Arwah adalah seorang anak yang berani dan sanggup berkorban.

“Setiap manusia tetap akan pergi. Walaupun anak saya masih muda dan berusia 22 tahun, saya tetap akan bangga.

“Dia bukan pergi suka-suka, tetapi dia adalah pejuang. Dia diamanahkan untuk buat latihan itu dan dia buat,” katanya ketika ditemui di Kampung Rawa, Lenggeng di sini semalam.

Menurut Masdi, anak lelaki­nya itu bercita-cita untuk ber­khidmat dalam pasukan keselamatan selepas tamat persekolahan dan dia pernah memohon untuk menjadi anggota polis.

“Walaupun permohonan tak lulus, anak saya tidak putus asa dan mahu berkhidmat buat negara. Akhirnya, dia dapat rezeki apabila diterima menyertai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sejak dua tahun lalu,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, arwah adalah jenis anak yang suka bergurau dan sangat rapat dengan adik-beradik yang lain.

“Beberapa hari sebelum kejadian, dia ada mengirimkan vi­deo ke WhatsApp saya dan saya melihat ada kesayuan di wajah­nya itu. Kali terakhir saya jumpa dia adalah Ahad lalu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN