fbpx
Nida berasa kecewa selepas mendapat tahu bahawa suaminya merupakan bekas gay. – Gambar hiasan

Isteri terseksa hidup bersama bekas gay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENYATUAN dua jiwa sebagai pasangan suami isteri pasti diidamkan oleh sesiapa sahaja yang bergelar manusia.

Tetapi perlu diakui, ada juga hubungan rumah tangga yang retak menanti belah disebabkan perkara-perkara tertentu.

Kebiasaannya, salah faham atau sudah tiada keserasian dengan pasangan merupakan antara faktor yang mendorong kepada perpisahan.

Tidak dinafikan, sifat pasangan yang tiba-tiba berubah selepas berkahwin turut menyumbang kepada masalah perceraian.

Itulah nasib dialami oleh Nida (bukan nama sebenar) yang kini rela bersendirian selepas rumah tangga dibina bersama pasangannya lima tahun lalu hancur.

Memulakan kisah, Nida yang merupakan anak jati Temerloh, Pahang itu memberitahu, dia mengenali bekas suaminya Joe (bukan nama sebenar) hampir 10 tahun lalu.

Perkenalan singkat itu akhirnya membawa kepada keselesaan dan persefahaman antara mereka sehingga terbit bibit-bibit cinta.

“Saya kenal bekas suami pada satu event (acara) di ibu kota. Bermula dari situ, kami bertukar nombor telefon dan saling berhubung antara satu sama lain secara maya.

“Bila sudah hampir sebulan kenal, barulah kami decide (ambil keputusan) untuk berjumpa dan keluar minum bersama buat kali pertama.

“Sifat jujur yang ada dalam dirinya membuatkan saya betul-betul tertarik. Saya juga rasa selamat apabila ada bersamanya,” ujarnya membuka bicara.

Jelas Nida lagi, walaupun jurang usia antara dia dan Joe lebih lima tahun, namun lelaki itu tidak pernah mempersoalkannya.

Meneruskan perkongsian, Nida yang merupakan eksekutif kanan di sebuah bank ternama di ibu kota memberitahu, hubungannya bersama Joe semakin hari semakin rapat.

Katanya, kedua-dua keluarga juga sudah tahu dan Joe telah beberapa kali menyuarakan hasrat untuk memperisterikannya secara sah.

NIDA juga terpaksa melayan nafsu songsang suaminya serta dipukul dengan objek keras. – Gambar hiasan

“Selepas hampir setahun kenal, kami berdua nekad untuk berumah tangga.

“Alhamdulillah, majlis pernikahan dipermudahkan Tuhan dan kami selamat bergelar suami isteri.

“Suami juga seperti tidak percaya yang dia sudah bertukar gelaran dan menjalani hidup berpasangan bersama seorang wanita sebagai suri hidupnya,” katanya.

Tiga bulan usia pernikahan, Nida merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan suaminya.

Nida berkata, suaminya tidak seperti apa yang dikenali sepanjang tempoh perkenalan sebelumnya.

Akui wanita berusia 35 tahun itu lagi, sejak halal sebagai pasangan kelamin, Joe langsung tidak pernah menyentuhnya.

“Sejak kami bernikah, suami tidak pernah menyentuh saya apatah lagi memberikan nafkah batin.

“Saya ada juga bertanya, tetapi suami hanya menjawab masih belum bersedia dan tidak tahu bagaimana mahu memulakannya.

“Suami juga beritahu, dia masih tidak mampu meninggalkan apatah lagi melupakan masa lampaunya,” katanya yang seakan-akan tidak faham mengenai maksud tersirat di sebalik apa yang diperkatakan Joe.

Dipendekkan cerita, selepas setahun bersama, Joe menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami termasuk memberi nafkah batin kepada Nida.

Cuma apa yang membuatkannya terkejut, Joe meminta Nida melayaninya dengan menggunakan ‘pintu belakang’. Katanya, Joe juga berkeras dan mengugut andai permintaannya ditolak oleh Nida.

“Sebagai isteri, walaupun tanpa rela, namun saya tetap turutkan kemahuan pelik suami.

“Saya ada juga bertanya suami sebab dia tidak lakukan secara normal, Joe hanya menjawab, dia masih belum ada ‘selera’ untuk itu.

“Jawapannya itu membuatkan saya betul-betul terkejut.

“Saya juga jadi terseksa apabila terpaksa melayan nafsu peliknya itu. Saya berasa sangat sakit apabila diperlakukan sedemikian rupa.

“Paling pelik dan menakutkan, suami seakan-akan dirasuk apabila turut menggunakan beberapa objek serta benda keras lain untuk dimasukkan ke dalam kemaluan saya.

“Ada kalanya, dia pukul saya dengan objek keras itu,” katanya dalam nada sedih apabila mengenangkan nasib diri.

Selepas tiga tahun dia diperlakukan sedemikian rupa, Nida akhirnya mendapat tahu bahawa suaminya merupakan bekas gay yang mahu berubah, namun tetap tersasar.

Nekad untuk keluar dari neraka dunia dan fantasi suaminya itu, Nida memfailkan tuntutan cerai serta membuat laporan polis serta menyerahkan bahan bukti yang ada.

Mahkamah akhirnya membenarkan permohonan cerai Nida.

Sejak itu, Nida nekad untuk tidak lagi berkahwin kerana serik diperlakukan umpama binatang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN