fbpx

CEO Hooray X Fest Raya mengaku tak salah tipu urusan jual tapak niaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) festival beli-belah Hooray X Fest Raya, Muhammad Alif Hakim Jamal hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan menipu salah seorang peniaga, April lalu.

Muhammad Alif Hakim membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Marisqa Khalizan setelah pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menipu Siti Wardina Basir dalam urusan penyewaan tapak Hooray X Fest di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM1,500.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan kes pada 27 Julai ini bagi serahan dokumen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN